ANDA TANYA TMJ JAWAB

Di kala JDT hanya sedang menanti detik menjuarai kejuaraan Liga Super buat ke 9 berturut-turut, TMJ dan JDT masih beranggapan JDT masih sebuah kelab bolasepak kecil yang masih banyak perlu diperbaiki dan belajar daripada cerdik pandai.

Malam tadi berlangsungnya sekali lagi sesi terbuka di antara Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bersama penyokong dan pengkritik JDT bertempat di Stadium Sultan Ibrahim. Hampir 50 orang yang hadir malah hampir 18 ribu melayari sesi Live ini secara maya membawa misi mendapatkan jawapan dan memberi pandangan bersama pemilik sebuah kelab bolasepak.

Bagi penyokong JDT, inilah TMJ. Sejak mengambil alih transformasi JDT dari 2013 lagi sudah berapa kali sesi sebegini dilakukan.

“Penyokong perlu mendapatkan fakta sahih hanya daripada kelab. Jika kelab tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bermaksud ianya tiada apa yang rasmi. Jangan percaya dengan khabar angin” – TMJ

Isu Benjamin Mora menjadi isu yang ditagih jawapan penyokong.

“Kelab dan Benjamin telah mengambil keputusan bersama untuk beliau meninggalkan JDT. Demi menjaga kestabilan kelab serta suhu bilik persalinan. Tetapi anda perlu ingat, Kelab JDT sudah menukar 11 jurulatih dan menukar ramai pemain dalam tempoh 10 tahun ini tetapi tidak pernah menggugat prestasi pasukan. Ianya unik” – TMJ

Tugas melahirkan penyerang berkualiti Harimau Malaya adalah tugas FAM dan pasukan kejurulatihan skuad kebangsaan serta setiap pasukan dalam liga itu sendiri. Bagi bagi pihak JDT apabila terdapat pemain JDT yang dipanggil kita akan pastikan semua pemain JDT itu cukup bersedia dari untuk memberikan khidmat terbaik untuk negara.

“JDT bukan sebuah kelab kebajikan. JDT akan membayar gaji yang setimpal kepada pemain untuk mendapatkan hasil yang bagus untuk kelab. Oleh itu, pemain yang hadir ke Kelab JDT perlu bersaing dan membuktikan beliau layak di JDT. Di JDT kita mementingkan result dan bukan untuk menjaga hati orang” – TMJ

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail menzahirkan tahniah kepada barisan atlet-atlet SUKMA yang sedang berlangsung kini. Menjawab pertanyaan jika ada sebarang keraian jika kita Juara Sukma kali ini. Baginda dan kerajaan negeri Johor memang sudah ada dalam perancangan kali ini untuk meraikan semua atlet dan pasukan JDT juga di penghujung tahun nanti.

“Mezut Ozil tiada dalam radar JDT. JDT belajar dari pengalaman terdahulu untuk memilih pemain-pemain import yang setimpal dengan pelaburnn yang diberi. Di JDT kita memiliki pemain yang memilik mentaliti sanggup mati untuk yang lain. Komited untuk menyerang dan bertahan bersama dalam satu unit” – TMJ

 

Menjawab isu Farizal Marlias malah kepada pemain-pemain senior JDT, TMJ menekankan tidak dinafikan Farizal sudah agak berusia tetapi baginda beranggapan setiap pemain yang berjaya memberi tunjuk ajar kepada pemain lain di padang serta di luar padang ianya adalah aset pasukan. Jangan dilupa sudah berapa banyak piala sudah mereka sumbangkan kepada kelab.

“Penyokong JDT perlu faham. Lebih kuat anda berbelanja untuk kelab, lebih kuat Kelab JDT untuk bertahan. Penyokong perlu berada di belakang kelab setiap masa. Diakui sumbangan kewangan daripada penyokong kini agak kecil. Pendapatan daripada merchandise tidak seberapa. Malah tiket masuk stadium JDT adalah yang paling murah.” – TMJ

 

Menjawab beberapa sentimen yang mendakwa tujuan JDT memberi pinjaman pemain malah bantuan kewangan kepada pasukan lain untuk mendapatkan kelebihan buat JDT;

“JDT pernah membantu membayar gaji pasukan Selangor dahulu. Hari yang sama JDT tewas kepada Selangor di Selayang. Tetapi jika perjanjian di antara kelab ada menyatakan jika pemain pinjaman JDT ke pasukan lain dan JDT masih perlu membayar gaji, pemain itu dilarang bermain sewaktu menentang JDT.” – TMJ

Isu penalti dan pengadil penutup sesi;

“Jika melihat fakta tahun lepas, JDT bukan pasukan paling tinggi mendapatkan gol secara penalti. Saya pernah memberikan idea untuk menggunakan pengadil luar untuk beberapa perlawanan genting. Tuduhan mengatakan saya serta JDT mengawal pengadil, anda perlu lihat siapa yang ada di dalam jawatankuasa tertinggi pengadilan itu sendiri, berasal daripada mana. Tiada wakil daripada JDT atau Johor. Saya sentiasa menkritik pengadil jika melihat mereka membuat keputusan lebih kepada takut kepada kritikan netizen daripada undang-undang pengadilan itu sendiri” – TMJ

 

Menjunjung Kasih DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di atas sesi terbuka ini. Inilah keistimewaan dan kelebihan buat penyokong-penyokong JDT selama ini yang bertuah untuk mendapatkan penjelasan secara jelas dan tulus dari pemilik bolasepak JDT.

 

Foto: Ezreen Abd Talip – HS

 

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply