ADAKAH JDT TERLALU PANTAS ATAU PASUKAN LAIN YANG TERLALU PERLAHAN?

Dalam tempoh 8 tahun sahaja di bawah naungan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim sudah mengumpul 15 piala kemenangan di dalam genggaman.

  • Juara Piala AFC – 2015
  • Juara Liga Super Malaysia – 2014, 2015, 2016, 2017, 2018 & 2019
  • Juara Piala FA – 2016
  • Juara Piala Malaysia – 2017 & 2019
  • Juara Piala Sumbangsih – 2015, 2016, 2018, 2019 & 2020

Dalam tempoh 8 tahun sahaja, JDT sudah memiliki stadium bolasepak sendiri dan pusat latihan bertaraf Asia. Kedua-duanya memilik prasarana kemudahan kelas dunia untuk penyediaan pemain-pemain sebelum beraksi.

Di awal kemunculan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memimpin JDT, baginda dipandang sinis oleh kuasa-kuasa bolasepak besar tempatan ketika itu. Perli dan kejian menjadi santapan harian pasukan JDT di media-media cetakan dan sosial.

Tetapi sedang pihak lawan sibuk dan lalai menyasarkan fokus ke selatan, DYAM Tunku Mahkota Johor terus membuat ‘kerja’ mencari dan menjual jenama JDT. Membina empayar akan mengambil masa yang lama tetapi untuk meruntuhkannya tidak perlu lama.

Wang bukan segalanya. Ada wang semua boleh jadi. Itulah yang sering dijadikan sindirin pihak lawan. Tetapi kita lihat sebelum ini bagaimana ada pasukan yang pernah menjadi raja bolasepak tempatan pun sekarang ini tidak dapat bertahan.

“Mustahak untuk kita sedar kedudukan kita dan tahu inisiatif yang perlu diambil. Kalau tidak boleh membina sesuatu bertaraf lima bintang, buatlah sekurang-sekurangnya yang bertaraf 3 bintang.” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Namun begitu, diharapkan pasukan-pasukan lawan tidak terus merendah diri dan hilang rasa ingin terus melawan. Bolasepak adalah sukan No 1 negara. JDT memerlukan lawan yang sentiasa kompetitif dan terus mencabar kerana anya bakal memberikan persaingan sihat untuk sukan bolasepak ini.

Untuk JDT pula, ianya tidak akan menoleh lagi kebelakang kerana sikap leka dan ambil mudah bakal merisikokan impian masa depan.

Luaskan Kuasamu Johor!

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply