Ramai memperkatakan tentang isu tambahan masa 10 minit yang diberikan oleh pengadil keempat ketika perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Negeri Sembilan malam tadi.
Perkara ini dibincangkan dengan lebih hangat dan lebih lama kerana ianya melibatkan JDT dan ditambah pula Harimau Selatan berjaya memenangi perlawanan menerusi gol pada saat-saat terakhir sekali lagi.
Maka berduyun-duyunlah komen yang pastinya menyalahkan JDT kerana ianya adalah perkara yang paling mudah dilakukan dalam senario bola sepak tempatan ini.
Tetapi tahukah anda isu tambahan masa 10 minit ini tidak akan diperkatakan kalau…
Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol.
Satu minit sebelum Fernando Forestieri mendiamkan Paroi, stadium yang penuh itu hampir gegak gempita jika penyerang import Negeri Sembilan, Evanonye Kossi berjaya menjaringkan gol apabila berhadapan satu sama satu dengan Farizal Marlias.
Namun beliau memilih untuk menendang ke arah dentuman bunga api yang sedang dimainkan di luar stadium sekaligus menghampakan sekalian penyokong yang hadir
Penjaga Gol Tidak Membuang Masa
Aksi klasik penjaga gol Negeri Sembilan yang mula membuang masa seawal minit ke-10 akhirnya memakan diri apabila dibolosi pada minit terakhir.
Beliau bukan sahaja sering jatuh dan tercedera malah tindakan beliau berpakat dengan budak milo dilihat kurang professional dan akhirnya memakan diri.
Terlalu Banyak Kekasaran Dan Permainan Kasar
Corak permainan yang ditampilkan menjurus kepada kecederaan dan dapat dilihat bagaimana penatnya doktor dan fisioterapis Negeri Sembilan yang terpaksa berlari ke setiap sudut padang kerana terlalu ramai pemain Negeri Sembilan yang jatuh dan tercedera
Keputusan pengadil di atas padang tidak perlu dipertikaikan kerana tindakan memberikan tambahan masa adalah tugas penuh pengadil keempat yang jelas faham dengan situasi yang dilakukan pemain kedua-dua pasukan.
Tiga perkara utama ini adalah penyumbang kepada tambahan masa 10 minit itu. Tetapi ianya tidak akan dibahas kerana ianya adalah realiti dan apa yang perlu dibahas adalah JDT, JDT dan JDT.
Inilah bola sepak. Selagi belum ditiupkan wisel penamat, selagi itu kita masih berpeluang menjaringkan gol. Lebih banyak masa dibazirkan akan menambah tekanan kepada pasukan pada akhir permainan.
Akhir kata, cuba tonton kembali perlawanan ini dan anda mungkin bersetuju dengan tiga perkara ini. Tetapi jika masih mahu salahkan JDT dalam semua perkara, terpulanglah.
Luaskan Kuasamu Johor
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.