CABARAN JDT DI LIGA JUARA-JUARA AFC


26 kelab telah berjaya mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara AFC dengan 12 pasukan sudah layak ke peringkat kumpulan. 


Mewakili Republik Korea adalah Juara K-League, Jeonbuk Hyundai Motors, juara Piala FA Korea, Daegu FC, tempat kedua liga, Gyeongnam FC dan tempat ketiga liga, Ulsan Hyundai FC. 


Republik Rakyat China pula diwakili Juara CSL, Shanghai SIPG, tempat kedua, Guangzhou Evergrande, tempat ketiga, Shandong Luneng dan Juara Piala FA, Beijing Guoan. 


Kawasaki Frontale, Urawa Red Diamonds, Sanfrecce Hiroshima dan Kashima Antlers pula bakal membawa cabaran Jepun kali ini. Kashima Antlers adalah juara bertahan pertandingan ini. 


Australia pula diwakili Sydney FC, Melbourne Victory dan Newcastle Jets manakala Buriram United, Bangkok United dan Chiangrai United mengibar cabaran Thailand. Juara Liga Super Malaysia, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal membawa nama Malaysia terus di peringkat kumpulan.


Perak akan bersaing bersama Kitchee dari Hong Kong dan Hanoi FC mewakili Vietnam di peringkat “playoff 2” manakala Home United dari Singapura, Persija Jakarta dari Indonesia, Ceres Negros, Fililpina dan wakil tunggal Myanmar, Yangon United bakal memulakan saingan dari peringkat “playoff 1”.


JDT akan beraksi bersama-sama wakil Republik Korea, Gyeongnam FC dan pemenang “playoff 3.4” antara Kashima Antlers/Newcastle Jets/Home United/Persija Jakarta dan pemenang “playoff 3.2” antara Shandong Luneng/Bangkok United/Hanoi FC di Kumpulan E.

Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 622
    Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *