Ketika jadual perlawanan Liga Super musim 2022 dikeluarkan, tiada siapa dapat menjangkakan bahawa pertemuan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bakal menyaksikan ‘top of the table clash’.
JDT selepas berhempas pulas menjulang nama kelab dan negara di Liga Juara-Juara AFC kini kembali fokus kepada Liga Super dengan Negeri Sembilan bakal menjadi lawan.
Siapa sangka, pertemuan juara Liga Super 2021 dan juara Liga Premier 2021 ini akan menjadi tumpuan kerana kedua-dua pasukan masih belum tewas dalam saingan liga musim ini.
Semua sedia maklum kehadiran JDT di mana-mana stadium akan menggamit kehadiran ramai penyokong dan sudah pastinya Stadium Tuanku Abdul Rahman pastinya akan dibanjiri para penyokong untuk perlawanan Rabu nanti.
JDT kini dengan 12 mata di tangga kedua, kurang dua perlawanan berbanding Negeri Sembilan yang kini menghuni tangga teratas liga dengan 14 mata dan pastinya aksi menarik bakal disajikan kedua-dua pasukan.
Penyokong pasukan tuan sudah tentu mahu menyaksikan aksi bertaraf ACL dipamerkan oleh JDT yang sememangnya akan bermain seperti final pada setiap perlawanan dan berharap Negeri Sembilan dapat mencalarkan rekod baik JDT.
Bagi penyokong JDT pula kita tetap percaya dan sentiasa berikan sokongan kepada Harimau Selatan. Siapa pun lawan, JDT sentiasa bersedia dan kita hormati kesemua pasukan yang dihadapi.
Kepada penyokong JDT yang akan ke Paroi, jaga diri anda dan sentiasa tunjukkan tahap disiplin yang ‘awesome’. Kita sudah level Asia tetapi kita harus ingat asal usul kita. Luaskan Kuasamu Johor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.