TMJ DI BALIK JARING JIWA KAMI
“Biar kalah jangan mengalah..” – DYAM Tunku Mahkota Johor
Sedang baginda diserang dari pelbagai arah sekarang ini, baginda tetap tersenyum melangkah ke arah penyokong setia Boys Of Straits di ‘PSG’ malam tadi. Dalam senyum baginda tetap terpancar rasa sebak di hatinya apabila melihat kedatangan penyokong setia malam tadi.
Tahun 2019 baru 5 hari melangkah masuk. Seperti biasa pembukaan musim yang sentiasa di saji dengan isu-isu panas dan kontroversi JDT. JDT yang sentiasa dilabel pasukan ‘nakal’. Tidak kiralah apa jua tindakan yang diambil pasti akan menjadi bahan kutukan netizen. Siapa yang menanggungnya. Sudah pasti TMJ.
Apa lagi yang kita penyokong mahukan lagi daripada TMJ? Tidak cukupkah lagi dengan apa yang sudah dikorbankan. Daripada Padang Seri Gelam yang berbumbung bocor hinggalah se gah sekarang. Wang ringgit rasanya sudah berjuta dihabiskan. Jika hendak kata JDT adalah medium untuk membuat duit individu-indidu rasanya ianya jauh sekali. Malah rasanya perbelanjaan sudah melebihi pendapatan. Ini semua hanya kerana baginda sayangkan Johor dan rakyatnya.
Sudah sampai masanya kita sebagai penyokong JDT terus menyokong dan sabar dengan setiap perancangan yang sudah dirancang. Projek JDT bukan projek jangka pendek, ianya lebih dari membina empayar JDT itu sendiri. Tetapi ianya lebih membina jati diri Bangsa Johor yang akan dibawa menyokong di Liga Juara Juara AFC nanti.
“Kepada pemain JDT, Main betul-betul. Jangan Main-main..”
Luaskan Kuasamu Johor
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.