SKUAD PALING BERUSIA TETAPI PALING MENYERLAH

Tahukah anda, menurut statistik yang dikeluarkan oleh laman OptaJ di aplikasi Twitter, skuad JDT dibarisi pemain paling berusia secara purata untuk perlawanan pertama Liga Super musim 2021.

Purata umur skuad JDT pada malam itu adalah 29.62 tahun dan ianya lebih tinggi dari purata umur keseluruhan iaitu 27.37. Namun begitu ianya langsung tidak menghalang JDT untuk mempamerkan persembahan yang memberangsangkan.

Jika dibandingkan dengan pasukan lawan yang mempunyai purata umur 27.78 tahun, JDT dilihat langsung tidak mempunyai masalah untuk mengawal tempo permainan dan kelihatan lebih bertenaga.

Pelbagai faktor menjadi sebab mengapa pemain JDT kelihatan lebih bertenaga walaupun dibarisi pemain yang agak berusia. Salah satunya adalah corak latihan yang diterapkan oleh barisan kejurulatihan yang sesuai dengan usia para pemain.

Corak permainan JDT dilihat lebih terbuka dengan hantaran- hantaran pendek yang dilihat sesuai dan mudah diadaptasi oleh para pemain. Selain itu, tiada siapa yang boleh menidakkan kecanggihan Pusat Latihan JDT yang dilengkapi fasiliti moden untuk atlet.

JDT juga terkenal dengan proses pemulihan pemain yang lebih pantas hasil kerjasama dengan doktor pakar dari Barcelona dan Manchester City serta mempunyai Pusat Medikal dan Kecergasan yang juga serba lengkap dan canggih.

Faktor makanan pemain yang diatur oleh pakar pemakanan jelas membantu mereka mendapatkan tenaga yang secukupnya dan lengkap mengikut kesesuaian setiap pemain.

 

Lawan seterusnya bakal dibarisi oleh pasukan yang mempunyai purata umur 26.67 tetapi usah gusar kerana selain bermain di laman sendiri, pemain JDT sudah dipersiapkan untuk menghadapi siapa juga lawan dan pastinya mereka akan memberikan persembahan yang bertenaga.

Luaskan Kuasamu Johor

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply