SESI SANTAI SOAL JAWAB TMJ BERSAMA PENYOKONG

Penyokong tidak suka Benjamin Mora. Apa respon TMJ?

Penyokong perlu memandang isu lebih besar dan pencapaian JDT selama ini. Perlu lihat kejayaan yang telah kita kecapi. Rekod kejayaan kemenangan pasukan. Taktikal permainan biarkan pengurusan kejurulatihan JDT yang tentukan berdasarkan keadaan semasa.

Isu kehadiran penyokong ke Stadium

Satu-satunya kelab bolasepak yang menang 6x juara berturut-turut dan berbagai rekod pencapaian yang pertama di Asia tetapi tiada penyokong yang hadir. Kita boleh cari salah sesiapa sahaja tetapi kita tidak mahu salahkan diri sendiri.

“Empire Rom bukan dimusnahkan musuh tetapi orang Rom sendiri.”

Penyokong sentiasa mahukan kemenangan, mahu kelab membeli pemain-pemain bertaraf dunia tetapi kehadiran penyokong yang tidak memuaskan menyebabkan proses ini sukar.

Guiza dan Pablo Aimar hadir dahulu kerana mereka teruja dengan penyokong-penyokong kita.

TMJ kecil hati?

Dalam masa 6 tahun JDT telah menukar 9 jurulatih. Tetapi JDT tetap menang. Sebab pemain-pemain ini bermain mati-matian untuk kelab. Berjuang untuk lencana di dada.

“Tidak salahkan penyokong. Tetapi ini adalah budaya negara kita”

“Saya memang kecil hati. Tetapi bayangkan pemain-pemain ini yang sanggup untuk berjuang demi logo di depan baju. Saya lebih suka dibenci kerana beritahu benda yang betul daripada berpura-pura.”

JDT adalah seperti ‘Football Empire’. Ianya akan musnah jika kita berpecah belah. Ini yang pesaing-pesaing JDT mahukan.

Kelab faham jika penyokong-penyokong tidak dapat membeli merchandise daripada JDT tetapi sumbangan penyokong untuk membayar tiket RM10 untuk hadir menyokong pemain amat ditagih.

“Kita adalah Johor! Kita ada cara kita sendiri. Kita yang mulakan revolusi. Orang lain ikut..”

Prinsip kita sekarang adalah kita perlu akui masalah kita sekarang dan kita perlu sedar dan bangkit. Semua pihak di JDT perlu memainkan peranan. Page JST sentiasa sahaja memberi informasi statistik pasukan dan pemain. Penyokong perlu nilaikan dengan fakta dan bukan emosi.

“Mario Gomez tinggalkan JDT, JDT masih juara”

Tetapi kelab di dalam dunia hanya ada beberapa kelab sahaja yang ada macam di JDT. JDT satu-satunya di Asia yang ada seperti sekarang ini. Kelab yang memiliki prasarana terbaik. Marcello Lippi yang pernah hadir bersama pasukannya berlatih di pusat latihan Padang Seri Gelam turut mengakuinya.

Di China walaupun mempunyai kuasa menarik pemain bertaraf dunia tetapi mereka tidak ada fasiliti seperti di JDT.

“Penyokong adalah sebahagian daripada JDT” 

JDT adalah ikon negeri Johor. Ianya bukan sekadar kelab bolasepak. Ianya simbol perpaduan. Lebih besar daripada bolasepak. Kita perlu rasa bertuah dengan apa yang ada sekarang dan perlu terus pertahankannya.

“Mungkin kita terlalu manja dengan kemenangan..”

Bukan kecil hati tetapi sedikit kecewa apabila melihat pemain di atas padang yang perlukan sokongan semua penyokong. Selepas penat lelah mereka berlatih dan berhempas pulas demi penyokong.

Harga Tiket dan Pas Bermusim

Harga tiket di stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim adalah KEKAL seperti di Larkin sekarang.

JDT kurang penyerang tulen tempatan?

Memang diakui ini masalah di dalam negara kita. Diakui di JDT ada program pembangunan remaja tetapi tidak ramai. Buat masa ini JDT tidak dapat menunggu hasil tuaian pemain muda ini kerana JDT mempunyai misi untuk juara.

JDT perlu mencari penyerang luar yang sudah ada rekod kejayaan.

Target Juara Piala Malaysia?

JDT mahu jadi juara Piala Malaysia tahun ini tetapi di JDT tidak meletakkan sebarang janji atau imbuhan jika kita menang. JDT akan buktikan dengan hasil bukan hanya dengan janji-janji manis. 

JDT bersikap realistik dan beri keutamaan utama dengan setiap kejohanan yang dipertandingkan. Tahun ini tahun agak sibuk JDT kerana tahun pertama ACL dan cubaan untuk mencipta rekod double hat-trik.

Disamping itu kelab juga perlu menerapkan dan mengekalkan moral yang tinggi kepada setiap pemain untuk terus berjuang hingga ke hujung kempen bolasepak 2019.

JDT bakal memiliki program Realiti TV untuk memaparkan kerja-kerja belakang tabir pihak kelab, jurulatih dan pemain. Ini adalah salah satu perkongsian kelab dan penyokong pasukan tentang pahit getir membimbing pasukan ini.

Kelab berpuas hati dengan pencapaian Akhyar Rashid

Akhyar masih muda dan di JDT ada sistem dan banyak ruang untuk pemain-pemain meningkatkan prestasi. Akhyar akan kekal di JDT.

Halatuju pemain-pemain remaja JDT

JDT sentiasa mengambil berat akan akademi dan pemain-pemain JDT. Prasarana-prasarana untuk pemain muda ini sudah dikenalpasti dan segalanya mengikut dalam perancangan.

Halatuju Yayasan JDT

Idea Tunku Mahkota Johor adalah penyokong sama-sama membina dan menyumbang ke arah survival dan revolusi JDT. Dengan dana dan sumbangan penyokong ini JDT bakal terus berkuasa. JDT tidak boleh terus mengharapkan sumbangan penaja. Buat masa ini juga TMJ secara individu sendiri sudah banyak berkorban serta sokongan daripada DYMM Tuanku Sultan Johor.

Perancangan Pembukaan Stadium Sultan Ibrahim

Jika ikut perancangan kelab, di hari pembukaan Stadium Sultan Ibrahim nanti agak sukar untuk membawa kelab ternama ke Larkin kerana kelab-kelab utama dunia itu sedang bermain di liga masing-masing. Tetapi proses ini masih sedang diusahakan.

Kemungkinan perlawanan ALL Stars terdiri daripada pemain-pemain antarabangsa yang lebih muda bakal diadakan di hari pertama  dan perlawanan di antara pasukan JDT bertemu kelab antarabangsa di hari kedua.

Sebulan lagi ibu pejabat baharu JDT bakal dirasmikan di Stadium Sultan Ibrahim.

Cadangan tempat duduk stadium bernombor

Di Stadium Sultan Ibrahim semua tempat duduk adalah bernombor.

JDT ‘bongkak’?

“Di luar saya tidak ada masalah untuk kita sama-sama merendah diri.”

Tetapi, apabila kita menjejakkan kaki ke dalam JDT kita perlu ada sifat bersaing. Di luar kita kawan tetapi bila di dalam bolasepak kita akan bersaing sesama sendiri.

JDT sudah jauh ke depan. Dunia sudah memandang dan mengikhtiraf apa yang ada di JDT. TMJ sendiri pernah dijemput untuk berucap di World Football Summit.

“JDT tidak bongkak tetapi ianya self-confidence..”

Oleh itu kita jangan terlalu selesa. Kita mesti ubah mentaliti. Segala yang TMJ lakukan adalah demi penyokong.

Kenapa kurangnya program pemain dan penyokong?

TMJ selaku pemilik pasukan perlu melindungi pemain. Segala kritikan dan isu TMJ akan hadapinya kerana tidak mahu konsentrasi pemain di atas padang terganggu. Tidak salah untuk menjalankan program mesra pemain dan penyokong tetapi ianya mestilah melalui pantauan daripada pihak kelab.

Adakah Safiq Rahim akan kembali sebagai pemain?

Di JDT sudah memilik pemain-pemain muda yang berbakat seperti Nazmi dan Afiq Fazail. JDT akan terus memberi peluang kepada pemain-pemain muda bermain.

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply