SEGALANYA SUDAH TERJAWAB, KINI HANYA JDT TUMPUAN TMJ

Setelah berdiam diri dari segala perkara berkaitan bola sepak kebangsaan dan dipersalahkan dari segala aspek, akhirnya pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor membuka mulut menjawab segala pertanyaan yang sering dilaungkan oleh netizen dan penyokong tempatan.

Baginda meluangkan sedikit masa yang berharga untuk bercakap secara eksklusif kepada Astro Arena dan Cakap Sukan ketika sesi pra-musim JDT untuk menjelaskan semua yang terpendam.

Sikap profesional dan berani berhadapan dengan soalan ini sudah menjadi kelaziman Baginda di JDT dan Baginda dilihat tenang dan tidak gentar menjawab semua soalan yang dilontarkan.

Mengapa isu kegagalan skuad kebangsaan ini menjadi isu yang sangat besar hingga perlu menubuhkan jawatankuasa dan sehingga TMJ perlu menjawab segala pertanyaan penyokong.

Bila kali terakhir Malaysia menjadi juara Piala AFF Suzuki? 2010. Dan itulah sekali sahaja kita menjadi juara. Kita bukanlah juara biasa atau juara bertahan hingga memerlukan ‘post mortem’ dan menuding jari ke sana ke mari.

Syukurlah sekarang semuanya sudah terjawab. Kini TMJ boleh kembali menumpukan sepenuhnya perhatian kepada JDT. Dikala netizen berdebat tentang siapa benar siapa salah, JDT berjaya mencatatkan kemenangan ke atas kelab UAE.

Dengan 95% mata Members Association (MA) negera disumbangkan oleh JDT, kini jelaslah pasukan manakah yang patut diberikan ‘priority’ ketika ini.
JDT telah menetapkan standard dan terpulang kepada lawan sama ada hendak mengikuti jejak langkah atau terus mencari salah.

Kepada TMJ, terima kasih kerana berani bersuara dan berani berhadapan dengan media dan netizen. JDT perlukan kepimpinan hebat Baginda untuk mencipta lebih banyak sejarah kerana disinilah rumah anda yang sebenarnya. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply