SAYA SANGAT TERUJA DAN TIDAK PERNAH SEGEMBIRA INI – TMJ
Saya telah mengharungi banyak pramusim sebelum ini dan bagi saya, pramusim adalah waktu yang paling mustahak setiap tahun kerana ia memberi kami petunjuk awal tentang bagaimana musim kami akan berjalan.
Untuk musim ini, saya sangat teruja dan saya tidak pernah segembira ini apabila melihat ‘energy’ yang ditunjukkan oleh pemain, gaya permainan dan intensiti mereka. Ia menakjubkan. Para pemain tidak sabar menunggu musim bermula, saya tidak sabar menunggu musim bermula dan jurulatih turut tidak sabar menunggu musim bermula.
Saya perlu memberitahu anda bahawa selama bertahun-tahun saya melihat persiapan pramusim, ini adalah tahun yang paling memuaskan berdasarkan apa yang saya lihat. Sekiranya kita boleh membawa pulang sikap serta mentaliti ini, dan mempamerkan 60% atau 70% sama seperti ini sepanjang musim, saya percaya kita akan mempunyai musim yang baik pada tahun 2019.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Kredit: JOHOR Southern Tigers
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.