“Saya mahu JDT jana lebih banyak pendapatan dari segi komersial dan perniagaan..” DYAM Tunku Mahkota Johor – Pemilik Kelab JDT
RM1.2 juta hasil jualan hari pertama jersi bukti JDT berada dalam landasan betul untuk berjaya di atas padang dan komersial. Strategi pihak JDT melancarkan jersi di 10 daerah serentak dipuji oleh semua penyokong kerana memudahkan pihak penyokong luar daerah merasai sendiri jersi baharu ini dengan lebih cepat.
Di Dataran Bandaraya sendiri walaupun hujan renyai dari pagi tidak berhenti lebih 1,000 penyokong setia tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi orang pertama memiliki Jersi JDT 2018 ini.
Tahniah kepada penyokong JDT terawal, Hassanudin Harun, Remy, Mohd Fazli dan Haizan yang bertuah menjadi pembeli pertama di JB.
Presiden Kelab JDT, YAM Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim perkenan untuk memperkenalkan jersi terbaru JDT musim 2018 kepada penyokong di Dataran JB.
Berikut adalah koleksi jersi JDT 2018
Foto arkib sewaktu sesi pelancaran Jersi JDT 2018 di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Dengan situasi terkini yang rata-rata nampak segalanya positif tidak mustahil JDT bakal menjadi kuasa besar di padang atau pun di sektor komersial.
Luaskan kuasamu Johor!
“United we stand tall. Devided we fall..” – TMJ
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.