Perlawanan akhir Piala FA antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu mencatat angka lebih 5 juta tontonan menerusi siaran langsung di pelbagai platform.
Siaran langsung di YouTube unifi mencatatkan angka 2.8 juta manakala rating di TV9 mencatatkan angka 2.1 juta penonton. Angka ini bagaimanapun tidak termasuk angka siaran langsung di saluran Sukan RTM dan TV Okey.
Terima kasih kepada semua penyokong JDT yang sentiasa memberikan sokongan yang padu kepada Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.