PESANAN ORANG TUA

PESANAN ORANG TUA

Sumber: Page Masharakat Bola

JDT sudah menjulang 5 tahun kejuaraan liga Malaysia secara berturut-turut. Sejak tempoh itu pasukan-pasukan lain di Tanah air hanya mengigit jari melihat kejayaan pasukan itu.

Setiap tahun ada sahaja tuduhan-tuduhan yang kita lontar kepada pasukan itu supaya menjadi lapikan alasan untuk menutup kelemahan pasukan.

Sebelum memulakan penulisan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Masharakat Bola kerana memberi saya ruang untuk menulis apa yang telah tersimpan dalam kotak pemikiran saya.

“Selangor”

Selangor. Bangga! Sejarah Selangor ini amat unggul. Selangor adalah pasukan yang telah dahulu membangun sejak tahun 1936. Perang Dunia Kedua yang tercetus telah melambatkan usaha FAS untuk membangunkan bola sepak tempatan. Usaha tersebut kemudiannya dimulakan secara agresif oleh presiden rasmi FAS yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaik sahaja perang tersebut tamat. TAR juga selaku Presiden FAS dan FAM ketika itu.

Saya mula menyokong Selangor sejak tahun 1960. Diwaktu itu umur saya sekitar 11 tahun. Seingat saya, nama yang sinonim dengan bola sepak di Selangor pada era 60-an ialah Harun Idris. Beliau menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor selama 21 tahun bermula daripada tahun 1961 sehingga tahun 1982. Sepanjang menerajui Selangor, pasukan Selangor telah memenangi sebanyak 15 kali Piala Malaysia di samping membawa perubahan positif dan pentadbiran yang bersistematik dalam persatuan.

“Hidup”

Sejak ditubuhkan pada 1936 hingga masa kini, Selangor telah memenangi kejuaraan sebanyak 33 kali PialaMalaysia ( terbaru tahun 2015), menjuarai Liga Super sebanyak 6 kali, memenangi Piala FA sebanyak 5 kali dan statistik ini menjadikan Selangor pasukan yang paling berjaya di kancah bola sepak tempatan.

Kini tahun 2018, saya mahu kembali ke isu semasa,

“Tuduhan dominasi JDT kerana bantuan FAM dan MFL?”

JDT. Setelah setahun beraksi di Liga Super pada tahun 2013, JDT sudah tidak memandang ke belakang lagi. Mereka menguasai Liga Super dan menjadi semakin kuat dari tahun ke tahun.

JDT mengapai kejuaraan kerana mempunyai individu yang ikhlas membangunkan bolasepak seperti Selangor dahulu, dulu Selangor mempunyai peneraju yang ikhlas dan lantang seperti Dato’ Seri Haji Harun Idris. Ketegasan Tunku Ismail dan cara bersungguh baginda dalam
memajukan JDT, mirip dengan apa yang dibuat oleh Harun Idris dahulu. Di garis masa itu, Selangor menjadi kuasa unggul dalam kancah bolasepak Malaysia.

Anak muda, sedarlah,

Dominasi JDT ini jelas bukan kerana TMJ merupakan Pengerusi MFL, juga bukan kerana TMJ bekas Presiden FAM. JDT menjadi kuasa baru bolasepak kerana kita dan FAS terlalu lena dengan sejarah lampau, kita lupa bahawa dahulu kita juga seperti JDT dan sejarah membuktikan kita terlebih dahulu mendominasi namun kerana alpa kita jatuh.

Kunci utama mereka mencapai kejayaan adalah kerana penyokong bersatu hati, bangga dengan pasukan dan bersama-sana membantu TMJ dalam membangunkan pasukan. Tapi kita? Masih lagi menunding jari dan mencari alasan untuk menyedapkan hati sendiri. Si peneraju pula sibuk dengan agenda politik dan mengumpul harta untuk tembolok sendiri.

Kita sebenarnya tahu tetapi kita buat-buat tidak tahu,

Tahun 2014 sehingga 2016 tahun dimana JDT menjuarai Liga Super Malaysia adalah semasa era jawatan Presiden FAM masih lagi dipegang oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah sebelum diserahkan kepada DYAM Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 2015 hingga 2017.

Ketika itu kita nampak dan perlu mengakui, Pahang FA lah yang selalu mendapat ‘advantage’ dan pertolongan dari FAM. Tapi kenapa kita tidak bising dan bangkit menentang? Adakah kerana Pahang bukan saingan kita? Ketika itu, JDT banyak dihimpit dan seringkali dihentam kanan dan kiri.

Namun kerana kekuatan kekeluargaan mereka, JDT berjaya melepasi halangan tersebut tanpa memikirkan hal-hal yang remeh tersebut.

Tapi kini dimana kita? Kita masih lagi ditampuk yang sama, masih terperangkap dalam ruang sejarah.

“Jangan Jadi Kolot”

Diwaktu ini, kita tidak perlu memikirkan sampai melupakan kesalahan yang kita buat hingga melemahkan pasukan yang kita sayangi. Selangor lemah kerana sikap pengurusan yang mempunyai agenda tersendiri dalam melakukan tugas.

Mentaliti Juara kita perlu selari dengan sikap kita sendiri. Kita harus bantu memajukan pasukan dan menentang dalang juga petualang yang masih ada dalam FAS. Sebagai seorang penyokong Selangor yang telah lama mengikuti turun naik pasukan Selangor, saya menasihatkan generasi-generasi muda bahawa selagi kita menunding jari dan cemburukan kejayaan orang lain, kita tidak akan maju dan berjaya.

Sebaiknya kita jadikan JDT sebagai pelonjak semangat kita untuk menaikkan kembali maruah pasukan Selangor.

Kini kita mendapat suntikan baru setelah DYAM Tengku Amir yang juga Raja Muda Selangor (RMS) sah sebagai Presiden FAS rentetan Datuk Seri Subahan Kamal melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (Alhamdulillah).

Memang benar selama RMS memegang tampuk kerusi Presiden FAS kita mengalami kekalahan demi kekalahan. Namun itu hanya langkah permulaan . JDT di awal langkah juga mengalami perkara yang serupa dan sama.

Saya terbaca suatu artikel dari seorang penulis dari Johor. Di artikel tersebut ada menyelitkan ungkapan dari TMJ yang saya rasa ungkapan itu memberi inspirasi kepada saya. Bagaimana seorang anak Raja yang masih muda mempunyai impian yang besar dan bercita-cita tinggi.

“Tetapi ingatlah, kekalahan umpama cuaca buruk, ianya tidak kekal selamanya. Saya inginkan impian masa hadapan lebih baik daripada sejarah yang lalu. Hidup mati Johor.”– DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

“Penutup kata”

Akhir penulisan, kita bersihkan hati kita, kita sucikan naluri, pandang kemajuan JDT sebagai tanda aras untuk pasukan Selangor yang kita sayangi bangkit. Kepada anak muda Ultrasel yang begitu cetek pemikiran, berubahlah anak muda, jangan terlalu terikut dengan hasutan orang lain dan mencacatkan mentaliti juara itu sendiri.

Dengarlah nasihat si tua ini..

KITA PASTI JUARA!

Zack Rahim.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply