PEDRA BRANCA YANG PERLU DIPERTAHANKAN
1. Tanah Jajahan Takluk Johor secara rasmi pada 1824
2. Pedra Branca adalah laluan perairan yang sering berlaku kemalangan kapal layar
3. Maka satu kebenaran diberikan kepada pihak british untuk membina Rumah api yang siap pada 1851.
4. Pertikaian Pedra Branca bermula pada tahun 1979.
5. Tercetusnya bila Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan Pedra Branca di dalam perairan wilayahnya.
6. Jarak Pedra Branca adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang).
7. Kes mula didengar apabila Singapura diberikan empat hari (6-9 Nov) untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada minggu berikut iaitu pada 13-16 Nov 2007.
8. Hujah lisan dua hari pusingan kedua oleh Singapura pada 19 dan 20 Nov dan Malaysia pada 22 dan 23 Nov.
9. Keputusan penghakiman diumumkan pada 23 Mei, 2008. Pedra Branca akhirnya dimenangi oleh Singapura
10. Permohonan semakan berkaitan kes Pedra Branca adalah selari dengan ketetapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008. Malaysia boleh mengemukakan permohonan untuk menyemak semula keputusan tersebut dalam tempoh masa 10 tahun sekiranya menemui bukti baru.
Itu adalah pengenalan Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh.
Kini,
2018 telah tiba, maka tahun ini adalah tahun untuk menuntut hak Malaysia yang telah sepuluh tahun terlepas. Tetapi selepas keputusan Kerajaan Malaysia Baharu di bawah Tun Mahathir tidak mahu meneruskan segala tuntutan ini. Segala harapan rakyat yang selama ini ingin melihat pulau itu kembali ke Johor akhirnya berkecai. Tun Mahathir seperti menjadikan isu Pedra Branca ini sebagai nilai tukaran untuk pembatalan HSR.
“Nilai Pedra Branca”
Nilai Pedra Branca bukan hanya pada sejarah. Tapi lebih kepada maruah dan kedaulatan Kesultanan Johor yang telah lama bertapak. Pulau yang selama ini dipertahankan oleh kaum-kaum asal di Johor (orang laut) akhirnya dilepas begitu sahaja oleh kerajaan Malaysia Baharu. Kenapa Tun Mahathir yang dikenali sebagai “Ultra Melayu” tunduk dan mengaku kalah atas tuntutan Singapura.
“Lokasi yang Strategik”
Kedudukan Pedra Branca sangat strategik, disebabkan Pedra Branca terletak di laluan utama antara jalur perairan timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Pedra Branca juga berkait rapat dengan keselamatan Malaysia. Keselamatan? apa kaitannya? Untuk makluman Pada tahun 1986, Singapura telah melancarkan operasi tentera ke atas pulau ni. Singapura juga telah meletakkan kapal perang berhampiran Pulau Batu Puteh dan mewartakan sebagai kawasan larangan. Dalam geopolitik, kawalan ke atas ruang fizikal yang strategik, walaupun sekangkang kera, ia tetap akan menambah kekuatan negara tersebut.
“Meluaskan Kekuasaan”
Bekas Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew juga menimbulkan kontroversi dimana pernah mencadangkan Singapura pembinaan loji nuklear di Pedra Branca.
Kepada rakyat Johor ketahuilah Pedra Branca adalah maruah dan warisan yang sepatutnya dipertahankan.
Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar pernah bertegas dalam mempertahankan kedaulatan Pedra Branca.
“Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu.” – Almarhum Sultan Iskandar.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.