“JUST WIN BABY”

Keghairahan penyokong JDT untuk menyambut kejayaan menjulang Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut semakin meluap-luap selepas aksi yang cukup meyakinkan selepas liga kembali bersambung.

Tiga kemenangan, 11 gol, dua ‘clean sheet’ cukup meletakkan JDT selesa enam mata dihadapan pencabar, Kedah. Kini tumpuan teralih pula kepada perlawanan menentang King of Malaya hujung minggu ini.

Di media sosial perang saraf dan banter bola sepak telah bermula dengan penyokong JDT kelihatan agresif hinggakan laman rasmi Selangor FA terpaksa melakukan ‘edit’ kepada hantaran yang mereka lakukan.

Jika dilihat di atas kertas sememangnya JDT mempunyai banyak kelebihan berbanding Selangor bermula dari dalam padang hinggakan kepada perkara di luar padang yang sudah diulas dalam artikel terdahulu halaman ini.

Foto: Ezreen Abd Talip

Penyokong pula usahlah terbuai dengan kejayaan membelasah Perak 7-0 dan mengharapkan keputusan yang sama berulang lagi. Hanya teruskan sokongan dan yakin dengan para pejuang kita.

Kita juga harus ambil maklum bahawa apabila turun menentang JDT, semua pasukan akan bermain mati-matian kerana mahu rebutkan ‘piala’ paling berprestij di Malaysia saat ini — Piala Kalahkan JDT. Jadi tidak mustahil jika kita bakal saksikan Selangor yang kebiasaannya longlai tiba-tiba menjadi bersemangat demi ‘piala’ tersebut.

Apa yang penting buat JDT kini adalah kemenangan. Berjaya menundukkan Selangor buat kesekian kalinya pasti menjadi bahan senyuman kita di hujung minggu kerana semakin mendekatkan kita dengan kejuaraan ketujuh.

Pasukan JDT sememangnya sedang berlari pantas manakala pasukan lain ada yang tersekat lariannya akibat masalah yang tiada hujungnya. Oleh itu kita perlu ambil kesempatan ini untuk mencipta kemenangan. Bak kata orang putih – “Just Win Baby”..

Luaskan Kuasamu Johor

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply