JDT TERUS ‘MENDUNIA’

Semalam kecoh sebentar di laman media sosial. Kelab level Eropah pun boleh ‘koyak’ dengan JDT. Pemain-pemain kelab besar dari Bulgaria, Levski Sofia memberhentikan perlawanan dan menarik diri dari perlawanan yang sedang berlangsung di minit ke 54.

Sedikit fakta mengenai kelab dari Bulgaria ini adalah di antara sebuah kelab besar dari Eropah yang pernah bermain di Kejohanan UEFA Champions League.

Team lawan tackle tapi no yellow card. JDT jadi wall berapa meter pun kena yellow card. Bagi saya Reff Serbia lost control of the game. No 30 ludah di muka Leandro dan kick Leandro tiada kad. Daripada situ mulanya game jadi lebih aggresive dan tension. Mungkin mereka tidak boleh terima kelab kecil dari Asia leading 1-0 lawan European Club” – DYAM Tunku Mahkota Johor.

Rata-rata penyokong JDT yang menonton perlawanan ini malam tadi bersetuju dengan TMJ yang kelab Eropah ini seperti tidak boleh menerima kelab kecil dari Asia boleh menandingi tempo dan penguasan permainan pantas, hantaran pendek dan berani melawan mereka.

Yang pasti agak lucu apabila mereka yang menarik diri. Ini rekod baru! Mungkin tau tak boleh makan JDT kot.. hahha” – Antara komen-komen sinis dari penyokong.

Di sini siapa yang menang sebenarnya? Sudah pasti JDT. Walaupun kejohanan perlawanan Antarabangsa di Dubai masih belum berakhir, JDT sudah berada dalam radar carian berita di media sosial malam tadi. Ratusan ribu viewers daripada ‘youtubers’, twitter, tik tok sejak malam tadi sudah pun dilayari penyokong-penyokong bolasepak antarabangsa!

Perlawanan berikutnya JDT di Dubai adalah bertemu Lokomotiv Moskow kelab dari Russia pada Khamis depan. Sudah pasti semakin ramai menanti perlawanan ini. Kalah menang bukanlah tujuan utama JDT menyertai kejohanan pre-season ini.

Hari ini adalah satu pengajaran yang baik apabila menentang pasukan yang berkualiti. Sekarang kami kembali ke sesi-sesi latihan dan memperbetulkan kelemahan-kelemahan daripada perlawanan ini. Niat utama di sini adalah untuk belajar dan mencabar diri kami untuk berhadapan dengan pasukan-pasukan yang lebih kuat supaya kami dapat memperbaiki pasukan dari apa yang kami ada sebelum ini.”- Esteban Solari, Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Ini adalah komen daripada Esteban Solari sebaik tamat perlawanan persahabatan pertama JDT bertemu FC Rostov tempohari. Mengikut fakta perlawanan tersebut ternyata JDT tiada beza dengan kelab-kelab Eropah. Walaupun tewas, JDT membuktikan mendominasi penguasan permainan.

Oleh itu, kepada penyokong-penyokong JDT bersedialah menanti barisan pasukan JDT yang baharu turun beraksi di 2023 nanti. TMJ sudah memberikan ‘hint’ bahawa kali ini nafsu JDT lebih besar untuk cuba menandingi kejohanan ACL pula. Tiada yang mustahil. Adunan barisan jurulatih dan pemain-pemain JDT 2023 kali ini memang nampak lain dari yang lain. Seperti ada sesuatu yang ingin TMJ sampaikan kepada penyokong dan haters.

Luaskan Kuasamu Johor!