Memerhatikan ciapan balas pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada laman Twitter kelab gergasi Russia, Spartak Moscow sudah cukup membuktikan bahawa JDT sentiasa belajar dengan kelab-kelab ternama dunia.
“It’s an honor to play and learn from a big club like @fcsm_eng ” tulis Baginda menerusi laman Twitter rasmi @HRHJohorII yang menunjukkan Baginda berbesar hati apabila kelab sebesar Spartak Moscow mahu bermain perlawanan persahabatan dengan kelab kecil dari selatan Malaysia ini.
Juara Liga Russia 10 kali ini pastinya akan memberikan pengalaman dan ujian baharu buat Harimau Selatan yang sentiasa mahukan yang terbaik dari sesi latihan pra musim untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia.
Bertemu Spartak Moscow bukan sahaja membantu JDT menghadapi Liga Malaysia tetapi juga Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan pengalaman kelab yang mendapat jolokan ‘The Meat’ ini beraksi di Liga Juara-Juara UEFA.
Spartak Moscow berada di Dubai dalam rangka latihan musim sejuk dan akan kembali menumpukan perhatian kepada saingan Liga Russia dimana mereka bergelar naib juara pada musim lalu dan layak ke Liga Europa.
Dalam saingan Liga Europa pula, Spartak Moscow berjaya muncul juara Kumpulan C mengenepikan cabaran Napoli, Leicester City dan Legia Warsaw dan kini menunggu keputusan undian untuk menentukan lawan mereka di pusingan 16 terbaik.
Dengan pasukan yang sentiasa berada pada tahap terbaik bersaing dalam Kejohanan Eropah, pastinya JDT akan mendapat pengalaman terbaik kerana segala yang terbaik pastinya ada di JDT. Luaskan Kuasamu Johor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.