JDT – PERANCANGAN AWAL ‘AWAYDAYS’ LIGA JUARA-JUARA ASIA AFC

JDT – PERANCANGAN AWAL ‘AWAYDAYS’ LIGA JUARA-JUARA AFC.

Pasukan JDT akan bertanding di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC tahun hadapan. JDT akan terbang ke 3 negara kuasa bola sepak Asia dan sebagai penyokong kita dituntut untuk sama-sama berjuang bersama pasukan.

Berikut adalah beberapa tips persediaan yang perlu dihadam oleh setiap penyokong yang mengimpikan ‘Awesome Awaydays Asia’ tercatit dalam sejarah hidup anda.

 

 

1. Jadual Perlawanan

Semua jadual perlawanan akan diketahui apabila undian rasmi dijalankan pada 23 November ini. Jadual rasmi akan dikeluarkan oleh AFC dan ketika itu semua penyokong sudah boleh merancang cuti dan juga bajet.

2. Tempah tiket penerbangan awal

Kos yang paling tinggi untuk ‘amazing awaydays Asia’ ini adalah tiket penerbangan. Setelah mendapat jadual rasmi maka kita semua bolehlah mencari tiket penerbangan sama ada dari Kuala Lumpur atau Singapura. Lebih awal anda tempah lebih murah harganya.

 

 

3. Status Visa dan Passport

Periksa sama ada negara yang ingin dikunjungi memerlukan visa atau tidak. Jika tidak perlukan visa maka lebih mudah. Jika perlukan visa, periksa juga sama ada negara itu ada menyediakan visa ketika ketibaan atau perlu dipohon lebih awal. Sila juga pastikan passport antarabangsa anda belum tamat tempoh.

4. Tempat tinggal dan tiket perlawanan

Tempat tinggal dan tiket perlawanan tidak perlu dipesan awal. Sila berhubung dengan kelab penyokong daerah masing-masing kerana pasti mereka akan mengadakan ‘trip awaydays’ ini. Lebih ramai lebih meriah.

Ini adalah antara tips yang boleh dikongsi ketika ini. Segala maklumat lanjut tentang pasukan lawan dan venue akan dimuatnaik di laman web ini selepas undian rasmi nanti. Nantikan segala tips yang lain disini.

 

 

Untuk permulaan marilah kita menabung dahulu dan tetapkan niat untuk membawa nama JDT di peringkat Asia dan tunjukkan kepada mereka siapa penyokong JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Kukorbankan jiwa ragaku untukmu demi Johor Darul Ta’zim”

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply