Bila kita bercakap tentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ada dua perkara yang pasti akan kita dengari. Pertama adalah kejayaan dan keduanya pula rasa dengki.
Di JDT, kejayaan bukan lagi menjadi sasaran tetapi sudah bertukar menjadi ‘habit’. Agak sukar untuk melihat JDT tidak berjaya dalam apa jua pertandingan yang disertai.
‘Habit’ menang inilah yang telah menimbulkan kuntuman bunga di hati para penyokong dan menjadikan para pengkritik merah mata. Pelbagai perkara cuba dijaja tetapi JDT tetap JDT – jadi juara.
Terbaru, Stadium Sultan Ibrahim pula diiktiraf sebagai stadium terbaik 2020 menerusi undian. “Undian boleh laa?” Kata seorang netizen yang tidak pernah puas hati. Pedulilah apa orang katakan kerana menang tetap menang. Semua 20 stadium yang tercalon mempunyai peluang sama rata untuk menang.
Menambah kebanggaan JDT apabila stadium ini mempunyai skor yang lebih tinggi berbanding dua stadium Piala Dunia Qatar dalam Kategori Juri. Ini sudah cukup membuktikan bahawa Stadium Sultan Ibrahim sememangnya layak untuk menjadi arena terbaik di negara dan rantau ini.
Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dilihat seakan-akan mempunyai sentuhan Midas. Apa yang Baginda sentuh semuanya menjadi. Bukan hanya menjadi tetapi menjadi yang terbaik.
Perkara ini sangat sukar untuk ditiru atau dilaksanakan kerana ‘passion’ Baginda yang cukup tinggi dalam bola sepak serta tiada ‘red tape’ di dalam pentadbiran JDT yang memudahkan kawalan dan seliaan.
JDT sebagai kelab sudah mempunyai legasi. Dikala yang lain sibuk mencipta dan mengimbas sejarah, JDT semakin maju kehadapan. Tahniah Stadium Sultan Ibrahim. Sekarang apa lagi sejarah yang boleh JDT cipta selepas ini. Sama-sama kita nantikan. Luaskan Kuasamu Johor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.