JDT JUARA LIGA SUPER MALAM INI?

Kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali keenam berturut-turut semakin digenggam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pencabar terdekat, Pahang tewas ditangan pasukan legenda Piala Malaysia, Selangor di Stadium Shah Alam.

Sekarang apa yang perlu dilakukan JDT adalah memastikan mereka memenangi perlawanan dengan Melaka United di Stadium Hang Jebat sekaligus meraih kejuaraan liga sekali lagi.

Mengikut rekod sejak 2014, JDT berjaya merangkul kejuaraan Liga Super di luar Stadium Larkin sebanyak 4 kali dan hanya pada tahun 2016 sahaja JDT berjaya memenangi liga di tempat sendiri. 2019 seakan menyaksikan sejarah yang sama berulang kepada JDT.

Tahun 2014, JDT menjuarai Liga Super buat kali pertama di Kuching, Sarawak sebelum melakukannya di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2015 dan 2017.

 

2018 pula menyaksikan JDT menjuarai liga di Stadium Perak dan nampak gayanya 2019 bumi Hang Tuah bakal menjadi saksi kejuaraan JDT sekali lagi. Lebih manis bekas kapten, Safiq Rahim akan menjadi saksi bekas pasukan beliau merangkul piala.

Mungkin terlalu awal untuk mengucapkan tahniah keatas kejuaraan tahun 2019 tetapi kerja keras seluruh warga JDT sememangnya harus diberikan kredit dan tepuk tangan hasil kerjasama yang ditunjukkan.

Kepada penyokong JDT, anda perlu yakin dengan segala apa yang telah dan bakal dilakukan oleh pemilik dan pengurusan pasukan. Teruskan sokongan anda di semua venue dan pastikan anda teruskan sikap merendah diri walaupun anda berhak untuk berbangga.

Enam kali juara bukanlah perkara yang mudah dan tanpa kerjasama semua impian ini pasti hanyalah angan-angan yang tidak tercapai. Tahniah JDT. You are the champi6ns. “Lets Talk About Six Baby”.

Luaskan Kuasamu Johor.

#JuaraDalamTangan
#JuaraDahTertulis
#JuaraDahTahu
#JuaraDenganTenang
#JuaraDahToqq
#JohorDanTrofi

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply