DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAKAL PEMILIK BAHARU VALENCIA CF?

Adakah kita bakal melihat DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjadi pemilik baharu kelab gergasi Sepanyol, Valencia CF?

Menerusi hantaran di laman Instagram Baginda, jelas Baginda telah menerima tawaran untuk membeli saham di kelab itu hasil desakan penyokong mereka yang sudah muak dengan gelagat pemilik terkini.

Persoalannya sekarang mengapa DYAM TMJ yang menjadi pilihan mereka? Jawapannya mudah kerana mereka sudah melihat hasil kerja Baginda melalui Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

JDT bukanlah nama asing di Valencia. JDT dan Valencia adalah rakan kolaborasi sejak penubuhan kelab dengan Valencia berkongsi kepakaran kejurulatihan menerusi Akademi JDT.

Selain itu, legenda Argentina dan juga Valencia, Pablo Aimar pernah menyarung jersi JDT sekaligus menaikkan nilai dan nama JDT di Sepanyol. Atas faktor inilah nama DYAM TMJ dicanang sebagai pengganti terbaik bagi menaikkan semula status Valencia sebagai kelab gergasi La Liga.

Jika orang luar mampu melihat kenapa tidak orang kita. DYAM TMJ juga sudah menegaskan bahawa Baginda tidak akan mengubah apa-apa pun tradisi kelab itu jika benar Baginda mahu mengambil alih kelab tersebut.

Sekiranya perkara ini terjadi ianya akan menjadi batu loncatan buat JDT apabila jika sebelum ini berkolaborasi secara kepakaran kini mungkin akan berkongsi pemilik sekaligus membuka ruang buat pemain JDT merantau ke liga Eropah.

 

Sebagai pemilik, DYAM TMJ pasti berbangga memiliki kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC dan juga Liga Juara-Juara UEFA. Kesan yang sangat positif buat bola sepak tempatan secara tidak langsung.

Katalah apa anda ingin katakan tetapi sedar lah bahawa nama DYAM TMJ dan JDT semakin meluas dan popular dalam dunia bola sepak dunia. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply