ALEGORI INFRASONIK KAPITULASI SI AGITATOR MALAYA

ALEGORI INFRASONIK KAPITULASI SI AGITATOR MALAYA

Oleh: Hafiz Othman

Syawal mula pergi jauh beransur-ansur, berkelok jalan ekskursi sama kita susur, tahun yang bercampur-baur tapi selesa bersemanyam tidur di kasur, liga Malaya kini mudah umpama liga miniatur, kalimat kita juara! satu malaya bergema kita kelur.

Segar kantil cantik nampak diterangi kandil, hiasan di meja tenang predikat aku until, tunduk si puntum jadi modal aku tersenyum, lalu segera, koordinasi cheritha mula aku susun.

Kita Mula!!

“Aritmetik kejuaraan yang Integral”

Empat puluh tujuh mata cukup buat Harimau Selatan akrofobia, tangga kedua telan benzodiazepin rawat
epilepsi dan insomnia. Lima berturut, piala kita jadi eksposisi, kejayaan kita, kaum sinisme jadi memersekusi.

Kejuaraan kali ini sungguh manis umpama furfural, projeksi juara sebelum ini kita anggap karikatural, dengan masalah bertimpa, perasaan gelisah kadangkala hampa, waktu benteng goyah diuji bencana sekuatlah gempa.

“Jangan evasif dalam perspektif”

Bulan Febuari di hari yang kesebelas, Tewas sekali kepada Orang Kota di Stadium Cheras, dua hari masa diambil, tiga mata kita dicantas, ketawalah mereka hingga kecewa kita nampak berbekas, dikutuk dikeji, satu minggu cherita tak habis mereka ulas.

“Abstraksi intonasi takdir”

Selepas itu masalah lain hadir mengetuk pintu, kontinuiti kontingensi semakin menjadi buntu, dek kerana Morais terpaksa pergi kerana masalah peribadi sebab penentu, aberasi air mata jatuh tidak sempat kita catu, apakah petanda sebegini malapetaka ditimpa satu persatu?

“Segala hal dalam kehidupan perlu ada keutamaan. Di atas sebab-sebab kesihatan keluarga, saya terpaksa meninggalkan anda dan kelab ini,” -Ulisses Morais.

“Elegi reunifikasi dalang”

Kemudian itu bersusun kontroversi mula mendatang, paling tidak dilupa bila Si Diaz telah berubah jadi petualang, bersama Si Fernando berkalobrasi jadi jembalang,
Sia-sia sahaja kita julang dan bagi peluang, kepercayaan kita dihinjak dengan kejamnya mereka curang, walaupun kita cuba tenang tapi bergelumang perasaan berang!

“Nombor sebelas yang selama ini kita harap dan tunggu, dikhabarkan telah menghilangkan diri diwaktu kita belum hilang rindu. Berita hanya dihebahkan, setelah dua puluh empat jam Diaz tidak kelihatan. Jam dua belas malam katanya meninggalkan hotel penginapan. Sebelum sempat ke Vietnam bersama pasukan”

Perkara ini bercanggah dengan norma dan konvensi, pengkhianat berdua itu memang personafikasi, jangan biar hati dicuit sekelumit titik noda infeksi, tanam sedih di akuifer, jangan ada sekali arbitrasi. Biarkan mereka pergi, kita sambung aspirasi.

Arakian,

Memang benar seperti yang dirasai, Raul telah menjadi peneraju Harimau Selatan yang sedang tribulasi, waktu itu kesusahan datang bertimpanya masalah, bilamana tiga tahun perlawanan di Larkin kita unggul megah tanpa kalah, akhirnya pertama kali kita jatuh tertunduk rebah, kalah kosong tiga di pijak oleh seteru kita Tok Gajah, Patrick Cruz muncul wira buat pasukan bimbingan Dollah, ditusuk pedih tepat didada cabang trisula, di waktu penentuan aksi Piala FA pada peringkat suku akhir kedua semuanya musnah. Raul mula ditunding sebab musabab empayar kebal ini punah!

“Distorsi antagonis”

Dalam rapuhnya perasaan, muncul pula satu golongan, Musuh dalam selimut adiktif agitatif mengambil kesempatan, macam yakjuj makjuj entah dari mana tiba-tiba mereka tampil, menjadi batu api akibat rosak lobus frontale dan juga temporale, segala kekalahan ini mereka lihat optimal, akibat hepar yang hitam bercambah abnormal, aquenos humor dihijab lalu pandangan jadi tak neutral. Dilagakan penyokong itu konsolidasi, liguistik menghancurkan integrasi itu deskripsi.

Hari demi hari,

Kredibiliti Raul semakin menjadi bahan cemuhan, berganti import malah semuanya tidak keruan, seperti semua serba tak kena dalam perkembangan, Deklinasi dari setiap sudut pandangan. Adakah ini detik mula kejatuhan?

“Rendah gunung tinggi harapan”

“Walaupun pasukan sedang bermasalah, kami masih berada di atas tangga liga. Bukannya di kedudukan nombor 7. Jadi, kita perlu menyokong pasukan untuk mendapatkan mata maksimum sehingga tiba masa untuk menguatkan skuad kita. Tolong ubah mentaliti kita sebagai penyokong JDT”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Disaat keyakinan kita mula abortif, Tunku suntik kita dengan alteratif,
Kata-kata Tunku semangat kita di amelioratif, sesungguhnya kejatuhan ini tidak parah dan tidak impresif, semuanya akan berubah apresiatif secara positif, Harimau Selatan bakal bangkit kerana ada jalan alternatif.

Manakala satu Malaya sangkakan kekalahan itu umpama hentaman Asteroid apophis, yang bakal buat Harimau Selatan paralysis pasca rigor mortis, namun sebaliknya selepas itu Harimau Selatan yang tunduk kini pantas berubah bentuk, peluang pasukan lain untuk menjuarai liga super musim dua ribu lapan belas adalah sebenarnya sudah rapat tertutup.

“Impulsif hipotesis adikuasa”

Harimau Selatan tidak mahu menunggu lama, sekian kalinya menjulang Piala Liga Super buat kali kelima, dalam masa yang sama tidak mahu peminat terlepas meraikan bersama, lalu MFL menunjukkan arah jalan penyelesaian, tarikh perlawanan bertemu Kelantan boleh ditangguhkan, di hari cuti iaitu Jumaat dua puluh haribulan.

Ketika ini, Penangguhan tarikh perlawanan jadi pertikaian, dikatakan MFL menyebelahi Harimau Selatan dalam segala keputusan, tiba-tiba datang segerombolan manusia yang meminta keadilan, kononnya pejuang setia yang penuh keikhlasan.

“Kurus kering seperti bayang-bayang, siapa pun tidak menaruh sayang”

Sebelum ini sekiranya perlawanan pasukan Kelantan di rumah sendiri, rumah itu kosong langsung tak bererti dan berseri, tiada peminat seperti langsung tiada berminat, berjuanglah Pahlawan Merah dalam keadaan sakit dan tenat.

Tetapi berlainan pula kisah nanti menentang JDT, ramai yang membentak rasa tidak puasnya hati, apabila pasukan yang tidak pernah mereka hargai ditangguhkan beraksi,
Penangguhan ini menjadikan mereka terus Ablasi, setelah dikatakan telah menyusun waktu menyusur jalan ke Johor Bahru, walhal di Kota Bahru tidak pernah mereka ambil tahu.

Maka,

Satu Malaya pula kononnya simpati, seolah mereka mempunyai luhur sesuci hati, namun tidak pelik bagi hasad dan dengki terakumulatif, kerana itu tabiat semulajadi manusia yang retrogresif.

“Adakah yang marah ini baru bangkit dari kubur ataupun baru terlepas dari teperangkap diantara ruang dimensi masa?”

“Impresionistik indoktrinasi aklamasi”

Awal-awal lagi Harimau Selatan telah berpesan, kepada semua dahulu berkali kami telah ingatkan, tidak sekali cemuhan dapat meruntuhkan saf dan barisan, akhirnya kini satu Malaya perlu bekalan anti-depresan, jika tak berkesan boleh juga cuba anti-konvulsan. Supaya dapat menghilang semua rasa kesedihan yang berterusan.

“Dari debu, api akan marak.
Terpancar cahaya dari dalam kegelapan.
Pedang yang sebilah akan diperbaharui.
Yang tidak bermahkota akan menjadi raja sekali lagi”-DYAM Tunku Mahkota Johor

Akhir kalam,

Semangat bangsa kita menyelubungi jiwa dan raga melalui aura bangsa Juara kita gagah, imej Harimau yg menjadi simbolik primer dalam jata itu simbol sejarah, kekuatan dan semangat juang kita yang tinggi elok bagai mestika dalam atma, Lestari wujud rakyat Jauhar yang sentiasa di radius istiqamah.

Dengan segala yang terjadi, ingat dan tanam sentiasa dalam hati biar bersemadi, bila jatuh bangkitlah dengan segera, lantas kita bina semula usah jendera, dengan perpaduan yang agra, kita telah jauh berkuasa seperti Galaksi andromeda, galaksi besar diameter dua ratus ribu tahun cahaya, sedangkan mereka cuma partikel lemah yang tidak berdaya. Sampai masa, mereka gemulah, kegemilangan ini tetap mutlak kita yang punya. Danakirti kita dipandang jegatraya, Jah kulawangsa sedang mereka tidak bermaya.

Sebelum cherita ini bertemu noktah dan tamat, buat mereka yang berhati bangsat, yang sentiasa sahaja berdendam kesumat, izinkan saya menjerit satu kalimat,

GUA CHAMPION LAH MUSIBAT!!!!

Foto: Zulfachri – www.asiana.my

Artistik dari manusia satu denyut

Terimalah,

“ALEGORI INFRASONIK KAPITULASI SI AGITATOR MALAYA”

Congak corak taktikal bergerak
Nampak tegak rentak bergolak
Gempur tempur jangan tersungkur
Merah tak kabur biru tak luntur

Merah itu darahmu,biru itu nyawamu

Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat,buruk kata luar muafakat..

-cheritha sudah tammat-

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply