8 MAC 2024 BUKTI LEGASI KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM TERPELIHARA

Beruntunglah kita semua sebagai penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila sekali lagi sama-sama berada dalam sejarah kelab dengan menyaksikan legasi kebanggaan kita ini bakal terpelihara untuk suatu masa yang panjang.

Tanggal 8 Mac 2024 terpatri dalam sejarah JDT sebagai satu lagi kisah klasik untuk masa depan apabila kita disajikan dengan lanjutan legasi kelab dari seorang ayah kepada anak yang bakal memikul tanggungjawab.

Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT tidak canggung untuk memberikan peluang kepadanya anakandanya, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail merasmikan pembukaan kedai cenderahati rasmi kelab, JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim.

Tunku Iskandar juga kelihatan bersahaja dan yakin membawa tugasan Anakanda yang bakal membawa legasi besar yang dibina Ayahandanya sejak 2013 sehingga menjadi salah satu kelab bola sepak terbaik Asia hanya dalam tempoh satu dekad.

Penyokong yang berada di JDT Megastore menjadi saksi legasi berterusan Harimau Selatan apabila Raja Muda Johor meletakkan tandatangannya di plak yang disediakan sambil disaksikan Pemangku Sultan Johor sekaligus menjadi salah satu detik bersejarah buat kelab ini.

Inilah detik yang perlu dikenang sebagai detik keyakinan bahawa apa yang telah dibina di kelab ini akan berterusan dan apa yang penting legasi ini diturunkan kepada tangan yang faham erti kebanggaan jenama Johor Darul Ta’zim.

Apa lagi yang kita mahukan. Legasi sudah disambung, kelab menunjukkan kestasbilan dengan ranking yang semakin meningkat di peringkat Asia jadi teruskan sokongan kepada kelab.

Rebut peluang menjadi yang terawal membeli pas bermusim dan dapatkan barangan cenderahati rasmi yang kini boleh dibeli di JDT Megastore. Kurangkan alasan lebihkan sokongan yang tidak mengharap balasan.

Sentiasa ingat akan kebanggaan sejarah kita, Ini Johor Darul Ta’zim.