WOW! JDT BETUL-BETUL POWER

WOW JDT BETUL-BETUL POWER

Rasa teruja melihat skuad JDT 2019 masih belum padam ketika artikel ini ditulis. Setelah sekian lama kita disajikan dengan berita kurang enak tentang JDT akhirnya berita baik ini mengundang rasa gembira.

Dengan kemasukan bekas penyerang Buriram United, Diogo Luis Santo ke JDT, maka lengkaplah dream team TMJ ini. Diogo bukan calang-calang penyerang yang dapat kita beli dari negara jiran.

Sekarang apa yang perlu dilakukan oleh barisan kejurulatihan adalah memastikan keserasian beliau bersama pemain-pemain JDT yang lain. Jika beliau cepat menyesuaikan diri maka juara kempen 2019 ini dilihat masih mengarah ke selatan tanah air.

Rasa teruja yang tidak terbayang ini muncul apabila memikirkan jumlah jaringan gol yang diledak Diogo di Liga Thailand sebelum ini. 101 gol dalam 105 penampilan bukan rekod yang biasa-biasa. Ia satu rekod yang sangat hebat.

Rasa teruja ini juga datang apabila memikirkan prospek serangan JDT. Bayangan Diogo berganding bersama Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid serta Aaron Niguez memecah benteng lawan sudah cukup mengujakan penyokong JDT.

Pasukan lawan juga pasti akan merisik kekuatan dan kelemahan serangan JDT kerana mereka sudah pasti tidak mahu diporak perandakan oleh trio serangan JDT ini.

Selamat datang ke JDT Diogo Luis Santo. Diharap beliau cepat mengadaptasi dengan corak taktikal pasukan. Kerana beliau sudah serasi dengan keadaan cuaca dan makanan serta budaya masyarakat kita yang tidak jauh beza dengan Thailand.

Buktikan rasa teruja penyokong ini menjadi kenyataan. Buktikan bahawa semua pemain JDT bakal mengharumkan nama pasukan. Dan akhir sekali buktikan bahawa JDT benar-benar power dan bersedia menakluki musim 2019.

Luaskan Kuasamu Johor.

Hisham Ahmad, Kota Iskandar

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply