‘WINNING MENTALITY’ – 5 PERLAWANAN PENTING JDT 2018

 

‘WINNING MENTALITY’ – 5 PERLAWANAN PENTING JDT 2018

Perjalanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi piala bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin dari luar ianya kelihatan mudah tetapi pelbagai rintangan terpaksa dilalui pemain sebelum bergelar juara. Berikut adalah 5 perlawanan penting 2018 yang menjadi titik tolak kebangkitan dan menunjukkan ‘winning mentality’ pemain JDT.

 

 

1. JDT melawan Kedah – 3 Februari 2018

Perlawanan pertama Liga Super 2018 menyaksikan JDT melayan kunjungan Kedah di Larkin. Piala Sumbangsih yang terlepas ketangan pasukan yang sama menjadi taruhan terbesar. Ketinggalan 0-1 menyaksikan JDT bangkit menjaringkan 2 gol sekaligus menang 2-1 dan merampas kembali Piala Sumbangsih. Permulaan bergaya ini menjadi titik tolak buat pasukan Harimau Selatan mempertahankan Liga Super.

 

 

2. Terengganu melawan JDT – 10 Mac 2018

JDT berkunjung ke Kuala Terengganu dengan keadaan pasukan yang sedikit terganggu akibat kehilangan tonggak import. Keputusan yang kurang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan dilihat seakan-akan petanda JDT akan berdepan masalah. Namun jaringan Marcos Antonio berjaya memberi tiga mata penuh buat JDT di hadapan penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium sekaligus menjarakkan mata dari Terengganu yang ketika itu di tangga kedua liga.

 

 

3. Perak melawan JDT – 10 Julai 2018

Kunjungan ke Ipoh menyaksikan JDT bakal bergelar juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut jika meraih kemenangan. Semua pemain merasai bahang itu hingga menjejaskan sedikit prestasi di atas padang. Perak berjaya mendahului namum ‘winning mentality’ yang sudah sebati dalam minda pemain JDT menyaksikan mereka bangkit sekali lagi dengan dua gol masing-masing dari kapten Hariss Harun dan Safawi Rasid. Tamat perlawanan JDT mencipta sejarah dan menggembirakan seluruh negeri Johor.

 

 

4. Mifa melawan JDT – 16 September 2018

Perlawanan terakhir kumpulan C unifi Piala Malaysia. Tatkala ramai yang sudah memadam nama JDT dari layak ke suku akhir, JDT bangkit melakar kemenangan. Darah Fernando Marquez dibayar oleh semua pemain dengan persembahan bertenaga sekaligus menang 3-0 dan meletakkan JDT sebagai juara kumpulan. Perlawanan ini membuktikan jangan pernah mengalah selagi wisel penamat belum dibunyikan.

 

 

5. JDT melawan Pahang – 29 September 2018

Sekali lagi JDT bertemu Pahang kali ini diperingkat suku akhir unifi Piala Malaysia 2018. Setelah dikecewakan di peringkat yang sama di pertandingan Shopee Piala FA, pemain JDT beraksi bagai dirasuk dan seperti ingin membuktikan sesuatu kepada penyokong bahawa mereka adalah yang terbaik. JDT berjaya menembusi gawang Pahang seawal minit pertama dan berjaya layak ke separuh akhir dengan kemenangan 2-0. Prestasi menakjubkan pasukan pada malam itu adalah antara permainan terbaik pernah ditunjukkan untuk musim 2018.

Lima perlawanan ini membuktikan bahawa dengan ‘winning mentality’, tiada siapa yang mampu menghalang pasukan JDT menjuarai atau mempertahan piala yang dimenangi. Semoga 2019 akan menjadi lebih baik dengan pasukan JDT yang baharu. Teruskan menyokong JDT dan Luaskan Kuasamu Johor.

 

You can’t win unless you learn how to lose..” – Kareem Abd Jabbar.   

Foto: www.asiana.my

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply