TERIMA KASIH SABAH!

Foto: www.asiana.my

 

Terima Kasih Sabah

Keunikan dan kecantikan negeri dibawah bayu sering saya dengari dan ianya memanggil saya untuk melawat negeri Sabah.

Niat saya termakbul apabila JDT diundi bertemu pasukan Sabah pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Saya sangat teruja dan langsung membuat tempahan tiket pesawat dan hotel ke sana.

Dari Tangkak saya mengambil bas ke KLIA2 dan tiba di Kota Kinabalu ketika matahari sedang ingin melabuhkan tirainya. Sungguh indah sekali pemandangannya. Saya mengirim tiket kepada kawan saya di Sabah dan difahamkan tiket “sold out” untuk perlawanan itu.

Foto: www.asiana.my

 

Pada hari perlawanan, hujan membasahi bandar Kota Kinabalu namun ia sedikitpun tidak melunturkan semangat saya dan penonton lain untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan masing masing.

Stadium Likas kembali penuh setelah sekian lama. Tidak dinafikan faktor JDT menyumbang kepada senario ini. Namun pasukan Sabah juga mula menunjukkan momentum mereka di Liga Perdana.

Perlawanan berlangsung sengit dan Sabah berjaya mendahului 1-0 di separuh masa pertama. Saya dapat melihat kepuasan di wajah penyokong Sabah yang kagum dengan kehebatan pasukan mereka mengekang juara Liga Super 4 kali itu.

Suasana stadium sungguh gamat dan saya berasa teruja dan berharap momentum ini berterusan untuk penyokong Sabah dan bukan hanya kerana menentang JDT.

Tamat perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan menyaksikan JDT menang 2-1. Penyokong Sabah mula membaling botol minuman ke arah pemain pasukan JDT sehingga terpaksa di halang pihak keselamatan.

Foto: www.asiana.my

 

Insiden ini tidak sepatutnya berlaku jika pengadil menunjukkan mutu pengadilan yang mantap. Pengadil dilihat tidak berjaya mengawal perlawanan dan sering membuat keputusan yang meragukan. Ini menyebabkan penyokong berang lalu pemain JDT menjadi mangsa kemarahan mereka.

Pasukan JDT dilihat bergelut untuk menang. Dimanakah silapnya sekarang. Penyokong sudah mula mempersoalkan dasar penggiliran pemain kerana dilihat pemain yang sama sahaja diturunkan setiap masa.

Krisis di dalam pasukan pasti akan menjejaskan mutu permainan. Permainan pasukan JDT sekarang dilihat seolah olah terkebelakang dan boleh ditewaskan oleh mana-mana pasukan.

Saya berharap pemilik, presiden, barisan kejurulatihan serta para pemain boleh duduk berbincang dan memperbaiki masalah yang sedang membelenggu pasukan. Penyokong tidak mengharapkan apa-apa dari pasukan kecuali kemenangan dan kecemerlangan berterusan.

 

Saya masih bersemangat mengikuti perlawanan JDT di tempat lawan. Kerana ianya memberi dimensi baru kepada saya sebagai penyokong. Saya gembira dengan layanan yang diberikan oleh orang Sabah.

Terima kasih Sabah di atas pengalaman yang tiada galang ganti. Tiada kebencian terlihat berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh media sosial mahupun media massa. Kita semua berjaya bergabung membentuk satu atmosfera perlawanan yang bagus.

Wang Ringgit bukan ukuran sebaliknya aksi yang baik ditengah padang dituntut oleh para penyokong. Semoga JDT akan kekal menjadi pasukan nombor satu negara.

They never said, winning was easy..”

Luaskan Kuasamu Johor

Fazrul Shah, Tangkak

Kredit Foto: www.asiana.my

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply