SURAT TERBUKA BUAT JDT

Surat Terbuka buat JDT
Salam Muafakat Johor
Bangsa Johor bergembira kerana berjaya merampas semula Piala Sumbangsih dari tangan Kedah dan berjaya meraih 3 mata penuh untuk liga super. Momentum ini harus dikekalkan dalam misi menjadi juara liga.
Semua maklum bahawa tumpuan utama JDT pada tahun ini ada untuk menjadi Juara Liga Super 5 tahun berturut turut serta menjadi pasukan Malaysia pertama bertanding di pentas Liga Juara Juara Asia
Oleh itu saya ingin mengutarakan pendapat sebagai peminat yang menyokong penuh visi pasukan.
Semoga surat terbuka ini dapat membuka mata pengurusan dan penyokong terutamanya.
Melihat kepada jadual Liga Super,  JDT harus mengutip kesemua 12 mata yang ditawarkan di bulan Februari ini. Dengan 3 pertemuan di Larkin dan hanya satu perlawanan di tempat lawan, JDT harus memaksimumkan peluang ini.
JDT dijadualkan menentang PKNP FC dan Melaka United di Larkin dan bertemu Kuala Lumpur di Cheras. Di atas kertas, menentang PKNP FC dan Kuala Lumpur iaitu pendatang baharu Liga Super boleh dianggap laluan mudah buat JDT.
PKNP dan Kuala Lumpur masih mencari rentak permainan di Liga Super manakala Melaka United mungkin boleh menyukarkan tugasan JDT. Tetapi untuk pasukan serba lengkap seperti JDT perkara ini pasti dapat diatasi.
Kita juga maklum yang Kedah,  Pahang, Perak dan Selangor dianggap pencabar terkuat JDT musim ini. Melihat pada jadual liga, keempat empat pasukan ini akan bertemu sesama sendiri sekaligus akan menyebabkan mereka keciciran mata. Kedah akan bertemu Perak pada perlawanan kedua.
Kedah pasti mahukan 3 mata penuh di laman sendiri sekaligus mengembalikan keyakinan penyokong dan Perak pasti mahu merebut sekurang kurang 1 mata di tempat lawan. Mereka juga akan turun menentang PKNP dan PKNS yang pasni ingin mencuri mata dari pasukan Kedah.
Perak pula sudah keciciran mata hasil seri tanpa jaringan dengan Pahang tempoh hari. Mereka akan bertemu Kedah, PKNS dan Kelantan yang pastinya akan membolehkan mereka kehilangan mata berharga.
Pahang pula akan berdepan cabaran pasukan PKNS, Kelantan dan Selangor. Mereka juga dijangka berdepan laluan sukar untuk memperoleh mata maksimum. Mereka sudahpun kehilangan 2 mata setelah hanya seri dengan Perak.
Pasukan Selangor walaupun dilanda kemelut menyajikan permainan meyakinkan ketika menang ke atas Kuala Lumpur. Mereka akan bertemu Melaka United, Terengganu dan Pahang. Pertemuan menentang Pahang dilihat agak sukar untuk Selangor mengutip mata penuh.
Di atas faktor inilah saya menekankan bahawa JDT harus mengutip 12 mata maksimum. Ini penting kerana JDT boleh menjarakkan diri lebih awal di saigan liga sebelum pertandingan Piala AFC dan Piala FA bermula. Pasukan kejurulatihan perlu mengekalkan kesebelasan utama ini sekerap mungkin kerana mereka dilihat sukar digugat dan menampilkan permainan meyakinkan. Penggiliran pemain boleh dilakukan semasa kempen Piala FA dan Piala AFC.
Inilah harapan yang saya harapkan sebagai penyokong yang turun ke Larkin pada setiap perlawanan dengan memegang pas bermusim untuk tahun ketiga berturut turut. Semoga kita semua berjaya mencapai misi dan visi pasukan bersama sama.
Luaskan Kuasamu
Malik,  Kota Tinggi
“It’s not just about the money, It is about what you achieve on the pitch..” Ronaldinho
  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply