REVIU PERLAWANAN JDT LAWAN MELAKA UNITED

Foto: www.asiana.my

 

Reviu perlawanan JDT lawan Melaka United.

Setelah berehat hampir dua minggu kerana memberi laluan kepada cuti Tahun Baru Cina, Liga Super kembali bersambung minggu ini. JDT akan turun menentang Melaka United di gelanggang keramat Larkin.

Setelah tewas di tangan Kuala Lumpur, misi JDT mengejar 12 mata maksimum di awal musim dilihat terencat. Kini JDT berada di tangga kedua liga dengan 6 mata.

Kemenangan ke atas Persija Jakarta mengembalikan semula keyakinan pemain dan penyokong. Perlawanan menentang Melaka ini dikira sebagai wajib menang demi mengejar misi juara liga.

Jika dibanding rekod terdahulu tidak keterlaluan jika dikatakan JDT tiada masalah untuk menewaskan Melaka United. Kemenangan 7-0 tahun lepas masih segar dalam memori semua penyokong.

Namun awas kerana Melaka United sekarang bukanlah Melaka United yang dahulu. Mereka dilihat lebih tersusun dengan barisan pemain yang lebih ampuh.

Anak buah Eduardo Almeida berjaya menang dalam “Naning Derby” dan menunjukkan kualiti permainan yang sangat meyakinkan. Gandingan pemain tempatan dan import dilihat serasi dan berbahaya.

JDT harus berhati hati jika mahu memenangi perlawanan ini. Kesebelasan menentang Persija boleh dikekalkan kerana menunjukkan prestasi terbaik di atas padang.

Jorge Pereyra Diaz dilihat sudah kembali menemui kemuncak prestasi. Ini berita yang sangat menggembirakan pasukan. Ini kerana beliau dilihat sebagai “unstoppable” ketika ini. Kudrat beliau pasti ditagih rakan sepasukan pada perlawanan ini.

 

Foto: www.asiana.my

 

Penyokong dilihat teruja jika Hazwan Bakri dan Safawi Rasid dapat diturunkan bersama sama. Safawi dengan kelicikan beliau pasti boleh membantu Hazwan dalam mengegar jaring Melaka.

“Back four” baharu ciptaan Morais juga mula menunjukkan ketangkasan. Gandingan Fadhli-Hariss-Azrif dan Corbin Ong dilihat tenang mengawal benteng JDT. Ia juga berita baik kepada pasukan kerana ia sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada Marcos, Kunanlan dan Aidil.

Foto: www.asiana.my

Afiq Fazail dilihat selesa bertindak sebagai penghubung antara Hariss dan Safiq sekaligus memberikan lebih ruang kepasa Natxo Insa kehadapan. Barisan tengah JDT dilihat semakin konsisten dan kreatif dari hari ke hari.

Barisan kejurulatihan pasti mempunyai taktikal ampuh untuk memastikan JDT unggul mengutip 3 mata berharga di laman sendiri. Kepada para penyokong, ayuh ke stadium untuk memberi sokongan kepada JDT.

Ingat, datang awal kerana pagar akan ditutup tepat jam 9 malam.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan JDT.

Barisan Kemungkinan :

Johor Darul Takzim

Izham Tarmizi, Corbin Ong, Hariss Harun, Fadhli Shas, Azrif Nasrulhaq, Afiq Fazail, Natxo Insa, Safiq Rahim, Gonzalo Cabrera, Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa, Hazwan Bakri

Melaka United

Zamir Selamat, Steven Thicot, Nicholas Swirad, Khair Jones, G Puaneswaran, R Surendran, Jeon Woo Young, Tiago Gomes, Shahdan Sulaiman, Fakri Saarani, Yahor Zubovich

 

“It’s all very simple. If you score one more than your opponent, you win!..” -Johan Cruyff

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply