PREDIKSI 30 JULAI DUA RIBU DUA BELAS

PREDIKSI 30 JULAI DUA RIBU DUA BELAS

Oleh: Hafiz Othman

Umpama Michel de Nostredame inskripsi hipotesis, setiap perjalanan telah ditulis dalam buku les propheteis, cantiknya tulisan kursif, Tunku corak kisah kandis yang terkumulatif, tujuh spektrum warna pelangi jadi seri, adiwarna setiap kejayaan Tunku corak jadi alegori.

“Dua ribu dua belas”

Kisah bermula enam tahun yang dahulu, dalam mereka semua terbuai dengan kejayaan lalu, pada tanggal tiga puluh julai dua ribu dua belas , satu kenyataan di media sosial tiba-tiba Tunku jelas, nampak ringkas langsung tidak berbekas, tidak dihirau, dihadiah pula senyuman tak ikhlas.

Something about winning and achievements attracts loser with negative opinions”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 30 Julai 2012.

Sewaktu kenyataan itu Tunku lontarkan, kita semua hanyalah seperti karang kecil dalam lautan, mereka pandang kemunculan Tunku hanyalah sebagai anak raja yang hanya tahu berangan, yang hadir hanyalah untuk melengkapkan organisasi dalam penubuhan.

Sewaktu awal mengambil alih, hanya satu yang Tunku tumpu fokus tidak beralih, rombak barisan parasit dalam organisasi, bersihkan segala kotornya debu yang berasimilasi, setiap kulat yang kuat melekat, Tunku racun satu persatu biar terencat.

“Dua ribu tiga belas”

JDT muncul setelah Tunku mengambil keputusan untuk menamakan semula semua pasukan kelab menggunakan tatanama yang sama. Di samping itu, angka roman telah digunakan untuk menunjukkan hierarki dalam setiap katanama.

Pada tahun itu, JDT hanya menamatkan Liga Super di tangga ketiga, juga di tertawa kerana langsung tiada piala. Kita tewas dengan hanya perbezaan tiga mata dengan pendahulu liga iaitu Singapura. Juga duduk satu tangga dibawah pasukan Selangor yang berstatus lagenda.

Kekalahan hari ini adalah kemenangan hari esok. Kita perlu bercita-cita tinggi dan sanggup menempuh kegagalan. Hari ini, saya bersama anda semua, berkongsi keperitan yangsama. Tetapi ingatlah, kekalahan umpama cuaca buruk, ianya tidak kekal selamanya. Saya inginkan impian masa hadapan lebih baik daripada sejarah yang lalu. Hidup mati Johor.” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 6 Oktober 2013.

“Dua ribu empat belas”

Segalanya berjalan seperti dirancang, pada tahun itu JDT menjuarai Liga Super Malaysia satu Malaya jadi goyang, dengan mengutip empat puluh mata dan layak ke piala AFC 2015 buat kali pertama mereka keji sampai gemerencang. Kerana katanya takkan kemana kerana JDT masih pincang. Mustahil untuk Piala AFC untuk JDT dapat julang.

Kepada rakyat Johor sekalian,
Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 2 November 2014.

Ayat ini di keluarkan oleh Tunku sejurus kekalahan kepada Pahang pada perlawanan akhir piala Malaysia untuk sedarkan penyokong yang merungut. Diwaktu itu, Pahang mengekalkan piala ini dua tahun berturut-turut .

“Dua ribu lima belas”

Kejayaan dicapai apabila seseorang itu menangguhkan kesenangan pada masa kini, untuk mengusahakan matlamat jangka panjang”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 27 Januari 2015.

Tahun itu kita mula mencipta sejarah, tahun itu kita masih lagi bergelar juara, tetapi masih terlepas piala dalam Malaysia untuk kita jajah, namun itu tidak dihirau kerana kemenangan lebih besar berjaya kita jarah, paling bermakna kita juara piala AFC bukan julung-julung kalinya dalam sejarah.

Tak akan pernah terlalu muda untuk membina sebuah empayar. Tak akan pernah terlalu tua untuk mengejar suatu impian yang baru”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 2 Ogos 2015.

“Dua ribu enam belas”

Kita sekali lagi mencacat sejarah baru buat bolasepak tanah air, JDT melalui keseluruhan perlawanan liga super musim 2016 tanpa kekalahan apabila liga berakhir. Sesuatu pencapaian yang tidak pernah diukir oleh mana-mana pasukan di Malaysia. Tahun itu juga kita berjaya mendakap Piala FA buat kali pertama namun masih terlepas Piala Malaysia. Tahun dua ribu enam belas juga menyaksikan projek mega Bandar Sukan JDT telah dimulakan , JDT bakal tampil berbeza melalui kemudahan-kemudahan, yang dibina diatas 70 ekar tanah. Tunku mengambil keputusan untuk menggunakan 40 ekar tersebut untuk stadium baru berdiri megah, dan baki 30 ekar untuk pembangunan lain untuk kemudahan rakyat Jauhar bersama.

Genghis Khan menakluki sebahagian besar jajahan di dunia, berbanding dengan empayar Rom dan Julius Caesar. Tetapi mengapakah orang masih mengingati atau mengenali empayar Rom lebih daripada Genghis Khan? Ini adalah kerana semua seni bina Rom dan bangunan mereka masih wujud hingga ke hari ini. Ia membuatkan amat mudah untuk mengingati dan mengenali empayar Rom. Itulah sebabnya saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan JDT mempunyai infrastruktur bola sepak yang terbaik. Akhir kata, dengan ini, saya berharap agar saya dapat meninggalkan warisan untuk generasi akan datang. Sesuatu yang mereka boleh banggakan.”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 24 Januari 2016.

Dua ribu tujuh belas,

Kita bermula dengan langkah-langkah lemah, kita kalah di Piala Sumbangsih kepada kedah, penyokong mula berpaling tadah.

Maka,

Waktu itu Tunku bertitah,

Apakah akan terjadi jika Johor tidak memenangi sebarang piala tahun ini? Apakah akan terjadi jika Johor tidak memenangi sebarang piala untuk dua tahun akan datang? Tiga tahun? Empat tahun? Saya tidak peduli. Saya masih akan memakai warna Johor dengan rasa bangga, saya masih mahu berada di belakang kelab. Pada penghujungnya, kami masih kelab yang paling popular di negara ini.”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 27 April 2017.

Akhirnya,

Keyakinan Tunku itu memang benar, dengan mudah kita masih lagi bergelar raja bolasepak yang sebenar, hanya rasa tiga kali kalah, kita terlepas piala FA namun kita juara Piala Malaysia.

“Dua ribu lapan belas”

Tahun yang penuh dengan masalah, beberapa kontroversi buat kita lemah, tetapi Tunku tetap Tunku, sekali lagi kalimah Tunku terjemah,

Saya tahu JDT sekarang tengah susah, saya tahu JDT sedang berhempas pulas. Saya tahu JDT tengah bersedih. Tetapi saya tahu November nanti kita akan bermain bunga api!”DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 12 Mac 2017.

Benar-benar terjadi bukan? Malah kita meraikan lagi awal dari jangkaan, kita menjadi juara dengan penuh kegemilangan.

2013 adalah latihan, 2014 masa memanaskan badan dan 2015 adalah masa perlawanan.” -DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 2013.

Fasa perjalanan JDT adalah Fasa perubahan , fasa pembelajaran dan fasa kejayaan telah dicanang. Ketiga-tiga fasa ini dilalui seperti yang dirancang.

Akhir kalam,

Kamu kata impian saya terlalu besar, pendapat saya fikiran kamu terlalu sempit”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Terima kasih Tunku!

Artistik dari manusia satu denyut

Terimalah,

“PREDIKSI 30 JULAI DUA RIBU DUA BELAS”

Congak corak taktikal bergerak
Nampak tegak rentak bergolak
Gempur tempur jangan tersungkur
Merah tak kabur biru tak luntur

Merah itu darahmu,biru itu nyawamu
??

Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat,buruk kata luar muafakat

-cheritha sudah tammat-

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply