POLIFONI ARTIKULATOR PREDIKAT UJONG TANAH

POLIFONI ARTIKULATOR PREDIKAT UJONG TANAH

Oleh: Hafiz Othman

Syawal sudah menjengah hari yang ke-sembilan, terasa cepat putaran masa kini berjalan, waktu buat manusia berubah dalam kitaran, hingga berubah titik fokus tersasar pada lokus, hingga pupus akal fikiran pula jadi tandus. Hilangnya tulus timbulah rakus. Buat otak sugul terperangkap dalam kubus.

Diwaktu cerita ini ditulis, saya berada di depan Stadium Larkin sambil abstrak ayat saya lukis, melihat indahnya stadium dari luar, seakan tidak percaya ianya milik jauhar, stadium Larkin umpama gunung berapi Tambora, lahar membunuh lawan angkuh disini kita adikara.

“Adikarya perpaduan bangsa”

Perpaduan bangsa Johor kunci utama bagai altokumulus yang konventif, dari pasukan belasan jadi pasukan yang dahagakan kemenangan kita semakin adiktif.

Jangan kita alpa, jangan sekali kita lupa, kenangan manis kita bersama, kita bangun setelah sekian lama kita rebah, bersatu semula setelah sekian lama kita lemah.

Sama-sama kita tolak sedikit egosentrik bagai konifera, macam alpha, beta sampai omega saya susun cerita dalam putaran sfera.

“Figuratif empayar daksina”

Penubuhan JDT bukan sekadar kelab bolasepak, tapi menjadi tempat untuk menyatupadukan bangsa Jauhar yang selama ini negeri lain tak ternampak.

Tanah air ini penuh dengan individu yang suka menjajah, dari sekecil organisasi hingga lah ke sebesar pentadbiran mampu mereka jarah. Modus operandi utama hanya untuk kantung dan wang sekoyan. Inilah yang terjadi dalam PBNJ yang selama ini mereka sembunyikan.

PBNJ yang pada asalnya hampir terkubur, tiang rapuh keadaan pula terlalu uzur . Segerombolan serigala bertindak kufur, dikawal PBNJ dengan tak jujur.

Organisasi itu dilihat penuh korup dan berpenyakit, maka gerak langkah meminta pertolongan Tunku musnahkah semua parasit.

Maka, sebermula awal cerita,

Seorang individu dari PBNJ yang sering melihat Tunku bermain Polo, beranikan diri mencetuskan pujukan secara solo, memohon agar Tunku memaksa penjarah segera abdikasi, PBNJ perlu segera di reunifikasi, mengambil alih organisasi yang terlalu retrogresif. Mohon perkenan Tunku untuk suntik alteratif.

 

“Pada masa tersebut, saya mahu tampil untuk membawa perubahan kepada rakyat saya, jadi saya pergi menonton perlawanan liga melibatkan Johor FA di Stadium. Hampir tiada orang menonton perlawanan, dan saya terfikir sendiri, apa yang berlaku? Kerana pasukan Johor yang saya ingat sewaktu menonton perlawanan bersama keluarga dahulu mempunyai ramai penyokong”

“Malam itu saya menanam niat untuk mengubah nasib bolasepak Johor. Esok harinya saya mengadakan satu mesyuarat dengan PBNJ dan saya memberitahu bahawa setiap seorang daripada mereka perlu mengosongkan pejabat dan meninggalkan persatuan. Ianya memerlukan permulaan yang baru, dan saya tidak mahu individu-individu yang korup untuk merosakkan usaha tersebut”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Selepas itu bermulalah satu identiti untuk negeri, Johor Darul Ta’zim nama khas diberi, atau lebih dikenali sebagai JDT dalam entiti. Sejak wujudnya JDT maka wujudlah pula sang pendengki. Timbul bagai cendawan tumbuh, insomnia mereka pasti tak sembuh.

“Aquila non capit muscas”

Kita kembali ke cerita perpaduan, supaya kita tak ubah haluan,

Natijahnya,

Tunku seorang yang terlalu mementingkan rakyat Jauhar, rela diri terbakar oleh panasnya lahar, tidak hirau berapa mahal nilainya mahar, kebejatan rakyat Jauhar tidak akan dibenar.

Namun,

Sejak kebelakangan ini benteng perpaduan rakyat Jauhar di situasi zon merah, kerana politik, ikatan ini mula lemah, kerana politik, kekuatan empayar bangsa mula bergoyah, Lalu segala kebaikan Tunku, opthalmos tak neutral jadi ablepsia, kerana ideologi politik, hepar mereka jadi paralgesia, apabila tidak sependapat, mula jadi mutan luar biasa.

Kerana pendapat radikal mereka serius, lalu berubahlah mereka menjadi rebelius. Dalam diam saraf kranial bangsa Jauhar disuntikan virus, metode Tunku di salah anggap mencampuri hal politikus.

Sinisme di Jauhar berjaya diwujudkan, segregasi berjaya tambah dipercambahkan, hilang segala rasa dalam neraca pertimbangan, kebencian pada Tunku operasional utama mereka aturkan.

“Mukhalif rakyat Jauhar”

Pada saya,

Tidak mengapa menyokong berbeza warna, tapi utamakan empayar kesultanan yang telah lama wujud terbina, pemimpin yang salah sama-sama kita tentang, mana yang benar sama-sama kita julang. Kerana ahli politik memang kebanyakan bersikap petualang, waktu mula datang kosong bawa lidah tak bertulang, sampai masa kenyang sekarung emas di gonggong dibawa pulang.

Maka,

Jangan saudaraku lupa atau tidak teringat, bahawa Tunku memang merupakan seorang pejuang yang mempertegakkan tonasi suara rakyat. Tunku rela berkhidmat sepanjang tempoh hayat, walaupun terpaksa Tunku mencacatkan cherita dan hikayat, yang penting baginya rakyat Jauhar tenang dan selamat.

“Preskripsi Emansipasi

Sebagai sebuah negara yang merdeka pada tahun sembilan belas lima puluh tujuh, kaburnya nilai identiti bangsa bagai pandangan yang rabun jauh, masih tercari-cari identiti diri bak kiraan dalam kalkulus. Hidung pula masih muda merembeskan mukus. Belum masa jong untuk melabuhkan sauh. Kerana tebing masih tidaklah kukuh, aur pula mengalirkan arus yang masih keruh.

Realitinya,

Niat Tunku hanya satu, ingin melihat bangsa dan rakyat Negerinya terus bersatu, tidak berpecah runtuh dipijak oleh janji-janji manis politikus, tidak terlena dengan setiap manifesto yang rakus halus.

“silap tajuk yang dijadikan modal”

“Johor tidak perlukan Malaysia, tetapi Malaysia perlukan Johor”

Baru-baru ini ada sensasi, isu bermula dari laman rasmi jadi kontroversi, artikel asal dari Raja Petra nama penulis, ada pihak terasa sakit bagai dihiris.

Berita yang dikongsi hanya sejarah aslinya teori, cuma kesilapan kasarnya tajuk dalam penyampaian diberi, sebenarnya matlamat nya hanya satu agar rakyat Jauhar tidak lupa akan sejarah Negeri. Supaya kita semua tidak terlena hingga hilang jati diri.

“Metode penyatuan Tunku Mahkota”

Tunku adalah penyambung legasi Sultan Sir Abu Bakar, obligasi perpaduan rakyat harap sekuat berakar pracanda, supaya tunjangnya cukup bertahan untuk badai sehebat katrina, semoga kebal walau gempa bumi ardabil datang melanda.

jangan lupa,

di tanah ini tiada siapa berani memagut, silap caturan diri sendiri bakal terjerut, tanah ini bukan lubuk memeras ugut, perpaduan bangsa ini bukan mudah untuk diragut.

 

Akhir kalam,

Putih dan hitam dalam pilihan, kita perlu celik dalam pemikiran, biar orang luar yang buta penglihatan, perpaduan kita ini harus terus dikekalkan, Bangsa Johor adalah satu dalam jutaan, kasta nilai Berlian l’incomparable dalam perpaduan. Kukuh kerana sembilan puluh satu bentuk campuran berlian.

“Sejak tahun 1920, moyang saya Sultan Sir Ibrahim sudah menggunakan penyatuan semua kaum dan rakyat didalam kewujudan bangsa Johor dibawah satu panji demi keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang lebih baik. Tiada tempat untuk diskriminasi dan kasta bangsa di Negeri ini. Semua adalah dilayan sama rata, visi almarhum terbukti berjaya” -DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Jangan cepat memberontak,
Kelak benteng bakal retak.

Artistik dari manusia satu denyut

Terimalah,

” POLIFONI ARTIKULATOR PREDIKAT UJONG TANAH “

Congak corak taktikal bergerak
Nampak tegak rentak bergolak
Gempur tempur jangan tersungkur
Merah tak kabur biru tak luntur

Merah itu darahmu,biru itu nyawamu
??

Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat,buruk kata luar muafakat

-cheritha sudah tammat-

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply