Harimau Selatan

Page Harimau Selatan

PELIHARALAH EMPAYAR JOHOR DARUL TA’ZIM

 

PELIHARALAH EMPAYAR JOHOR DARUL TA’ZIM

Sebuah empayar memerlukan masa yang sangat panjang untuk ditubuhkan. Namun ia bisa musnah dalam sekelip mata. Pemberontakan dalaman sudah cukup untuk meruntuhkan empayar yang hebat.

Apa yang berlaku kepada FA Selangor adalah contoh kepada perumpamaan ini. Sebuah pasukan gergasi tanah air – juara Piala Malaysia 33 kali kini dilihat berada dalam krisis pengurusan dan ianya sangat memalukan.

Bukan hanya Selangor kini terlepas takhta sebagai juara di Malaysia tetapi keadaan huru-hara persatuan memburukkan lagi keadaan yang semakin parah. Tiada piala untuk 2018 dan 2019 juga dilihat sebagai tahun yang sukar buat Selangor.

Kestabilan di dalam pengurusan adalah kunci kejayaan pasukan. JDT yang ditunjangi DYAM Tunku Mahkota Johor dilihat bebas dari segala hasutan yang boleh memecahbelahkan pengurusan. Semua kata akhir hanya dibuat oleh TMJ selepas berbincang dengan semua pihak berwajib.

Terlalu lama memegang tampuk pemerintahan juga menyebabkan berlakunya perebutan kuasa ini. Mereka yang mengusulkan undi tidak percaya ini adalah mereka yang dilihat bakal hilang kepentingan dalam persatuan.

Mereka sudah selesa di kerusi empuk dan kini kepanasan setelah pengurusan baharu ingin mengambil alih sehingga menimbulkan murka dari DYAM Raja Muda Selangor. Berbeza di Johor apabila semua menghormati keputusan DYAM Tunku Mahkota Johor.

Kestabilan penting dalam bola sepak. Antara sebab JDT berjaya menggondol piala bukanlah hanya terletak pada wang tetapi harmoni di dalam pasukan. Tiada kacau bilau yang timbul maka pasukan boleh fokus kepada tugas mereka iaitu bermain bola sepak.

 

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Atas faktor inilah kita sebagai penyokong JDT harus memelihara empayar JDT ini. Sekarang kita mungkin diatas tetapi jika kita sering bercakaran sesama sendiri tidak mustahil apa yang jadi pada Selangor boleh terjadi kepada JDT. Fikir-fikirkanlah. Luaskan Kuasamu Johor

Fairus, Mersing

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 406
    Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *