KEMBALI KE FAM? JANGAN MIMPILAH! – TMJ KAMI PUNYA

KEMBALI KE FAM? JANGAN MIMPILAH! – TMJ KAMI PUNYA

Kembali ke FAM? Itu antara persoalan yang sering kali diajukan kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Pertanyaan yang sering dilontarkan oleh penyokong-penyokong rasional tanah air.

“Singgah seketika”

Satu hari selepas memegang jawatan itu, TMJ telah membariskan tiga misi yang harus baginda selesaikan. Tiga misi ini menjadi tanda aras yang perlu dicapai oleh baginda.

Misi pertama: Misi membebaskan organisasi dari belenggu hutang,

Semua sedia maklum bahawa FAM telah dilanda masalah kekangan hutang sejak dari berpuluh-puluh tahun kewujudannya. TMJ sedar akan hakikat tersebut lalu telah dijadikan ia sebagai tanda aras utama bilamana jawatan itu telah berjaya TMJ genggam. Tanpa berlengah, satu pelan tindakan diadakan.

Dengan keadaan FAM serba daif dan kekurangan dana dalam organisasi, segala hutang piutang telah dilangsaikan menggunakan duit poket TMJ sendiri.DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim juga telah berbesar hati menyumbangkan dana untuk memperkasakan kembali FAM yang telah lama mati.

Misi kedua: Membersihkan organisasi dari korupsi dan birokrasi

TMJ berjaya membersihkan seluruh bentuk korupsi dan birokrasi didalam FAM secara total. Segala parasit yang dikenalpasti telah dinyah usir dari organisasi. FAM di koordinasi semula secara teratur. FAM akhirnya telah dibarisi oleh individu-individu yang boleh berkerja dengan baginda dan efisien dalam menjalankan tugas.

Misi ketiga: Menjadikan Liga Malaysia liga berpendapatan tinggi membantu pasukan bertanding mendapat pulangan yang sewajarnya

Setelah selesai misi kedua, misi ketiga iaitu menjadikan liga Malaysia mendapat pulangan yang setimpal disamping menjana pendapat pasukan-pasukan yang bertanding. Beberapa perkara yang sempat baginda laksanakan dan dapat dinikmati oleh setiap pasukan yang bertanding antaranya ialah setiap pasukan di Liga Super Malaysia akan menerima dana sejumlah RM3 juta dan RM1 juta bagi setiap pasukan di Liga Premier Malaysia. Dana ini adalah hasil daripada perjanjian termahal dalam sejarah bola sepak Malaysia. Dana ini dapat menyelamatkan pasukan yang bermasalah seperti Kelantan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam Liga super 2018.

 

 

Tidak dilupa juga, sebelum Liga Malaysia membuka tirai pada musim 2018, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) telah berkolaborasi bagi menaja Liga Malaysia dengan perjanjian yang bernilai RM480 juta bagi tempoh 8 tahun.FMLLP juga telah menandatangani perjanjian Kerjasama Ekslusif diantara FMLLP dan Iflix dengan nilai perjanjian bernilai minima RM100 juta selama 10 tahun untuk diedarkan kepada pasukan bertanding. Jumlah penajaan akan meningkat seiring dengan peningkatan subscribers Iflix. Dengan kerjasama ini kesemua perlawanan bola sepak Liga Malaysia boleh disaksikan secara langsung di atas talian.

“Perbezaan antara kepentingan politik dan keikhlasan penambahbaikan taraf bolasepak Tanahair”

Bola sepak dan Politik tidak boleh dicampur adukkan. Namun sejak baginda berada di tampuk tertinggi di Badan Induk Negara dan menyingkirkan serta menyahaktifkan dakyah-dakyah politik dalam FAM, berbagai individu muncul dan lantang menyuarakan pendapat. Imbas kembali, pernah seorang ahli politik veteran dari Sabah yang tidak mengenal sukan bolasepak juga berani dan lantang menegur, kritikan yang dibuat seolah-olah memperlekehkan usaha-usaha yang dilakukan oleh TMJ.

“Halangan yang tiba-tiba muncul”

Di waktu itu, muncul beberapa individu dikalangan pemain era emas dan berstatus lagenda seperti Khalid Ali dan Dato Jamal yang saban hari mendapat liputan besar di akhbar-akhbar tanah air. Lontaran idea yang kononnya ikhlas menjadi modal cerita di muka penting bahagian sukan. Setelah TMJ meletakkan jawatan, semua individu ini seaakan hilang dari radar.

 

 

 

“Selamat tinggal FAM”

Akhirnya , pada 25 Mac 2018 satu perkhabaran gembira buat rakyat Johor, DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pada tarikh tersebut, TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.

Realitinya, dengan perletakkan jawatan tersebut, bolasepak Malaysia amat kerugian.

“Tidak akan pulang lagi”

Akhir kata, selepas ini untuk melihat TMJ berada ditampuk kerusi Presiden FAM tidak akan terjadi sama sekali. Kami akan memastikan TMJ hanya kepunyaan kami. Tidak boleh dikongsi. Orang lain terlalu sombong untuk diubah dan tidak akan berjaya untuk diubah.

“Why did I leave?. I went in to change the structure and constituition so whoever that leads FAM will not be too powerful like how it was during Old era. I won’t go back because I am too dedicated to my job here ini Johor. I can’t give 100% at FAM..” – DYAM Tunku Mahkota Johor

 

Oleh: Abu Bakar Mohammad, Muar, Johor Darul Ta’zim.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply