JERSI JDT 2019 MEMANG WOW!

JDT JERSI 2019 HS

Hari ini Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah melancarkan jersi terbaharunya. Presiden kelab, YAM Tunku Tun Aminah telah memperkenalkan jersi pasukan dalam satu majlis yang meriah di Dataran Bandaraya Johor Baharu sebentar tadi.

Tiga pembeli pertama 2019. Dari kiri Daing Pelawa, Remy & Ady. Foto: Ezreen Abd Talip – HS

Rekabentuk jersi baharu JDT keluaran Nike yang direka khas di ibu pejabat Nike Amerika Syarikat sudah boleh dibeli oleh penyokong-penyokong setia JDT bermula hari ini secara rasminya.

Berikut adalah harga-harga setiap jersi rasmi JDT ini:

Fans Issue: RM185.00

Players Issue: RM549.00

Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari Nike dan lebih ringan untuk keselesaan pemain. Jersi varian ‘Player Issue’ yang berharga RM549 ini akan digunakan eksklusif oleh skuad utama JDT.

Jersi varian ‘Player Issue’ ini akan menampilkan rekaan dan kualiti material yang terbaik pernah dihasilkan untuk JDT oleh Nike selain mempunyai potongan baju mengikut badan pemain (Body Fit).


Varian kedua pula iaitu ‘Fans Issue’ lebih kepada untuk memenuhi permintaan dan keselesaan penyokong. Varian jersi ini menyamai rekaan varian ‘Player Issue’ tetapi berbeza dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih berkualiti. Varian ini boleh didapati dengan harga RM185 dimana ia lebih murah daripada varian ‘Player Issue’.

“They don’t like you but they still find the time to watch everything you do..”

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply