JDT LAMBANG PERPADUAN BANGSA JOHOR

Dari kiri: En Lee Wee Lim (Skudai), En Mohd Yuzaidy Yatni (P Gudang) & En Pechamuthu A/L Ramacindran (Larkin) – Foto: Ezreen Abd Talip (www.asiana.my)

 

“Saya suka melihat orang bersatu walau apa pun bangsa. Melayu, Cina, India mengibarkan bendera. Saya teruja melihat merah biru di Stadium..” DYAM Tunku Mahkota Johor

 

JDT LAMBANG PERPADUAN BANGSA JOHOR

Perpaduan bangsa di Negeri Johor sudah wujud sejak tahun 1800-an lagi. Ini bermula dengan migrasi melalui jemputan di raja kesultanan Johor di waktu itu. Kita imbas kembali ringkasan sejarah kedatangan mereka ke tanah bertuah ini.

“Migrasi Bangsa India ke Tanah berdaulat Jauhar”

Imigran india mula memasuki Negeri Johor bermula dari tahun 1898 melalui sistem Kangani. Sistem Kangani ( mandur ) adalah mengumpulkan rakyat India untuk bekerja diladang-ladang gambir dan lada hitam di Johor sebagai buruh kontrak. Migrasi secara berperingkat rakyat India menjadikan titik mula sejarah kehidupan bangsa India di Negeri Johor.

Foto: Ezreen Abd Talip – www.asiana.my

 

“Migrasi Bangsa Cina ke Tanah berdaulat Jauhar”

Tun Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim telah menjadikan Negeri Johor sebagai pusat pengeluaran lada hitam dan gambir melalui Sistem Kangchu. Sistem Kangchu adalah merujuk kepada sistem pajakan tanah kepada pengusaha Cina di Negeri Johor. Terwujud sekitar tahun 1844 sehingga tahun 1860-an. Dengan termerterai sistem ini dan dipertambahbaikan oleh Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Tun Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Negeri Johor berjaya menjadi pengeluar gambir dan lada hitam yang terkemuka di nusantara mendahului Singapura dan Kepulauan Riau sekitar tahun 1844 sehingga tahun 1860-an.Kewujudan sistem Kangchu adalah titik tolak imigrasi bangsa Cina ke Tanah Johor.

Foto: Ezreen Abd Talip – www.asiana.my

 

” Titik mula perpaduan yang di warisi”

Dari titik permulaan itu, sehingga kini kita menjadi satu di bawah payung Kerajaan Kesultanan Negeri yang kita sayangi ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1985. Baginda adalah kesinambungan sejarah pentadbiran Kesultanan Johor. Baginda disayangi dan disanjung tinggi oleh setiap bangsa dalam Negeri Johor. Penyatuan bangsa Johor antara kejayaan yang menjadi ingatan Rakyat Negeri Johor di masa kini. Baginda juga mengistiharkan bahawa setiap bangsa di Negeri Johor adalah bangsa Johor.

Penyokong JDT dari Jerman di Larkin – Foto: Ezreen Abd Talip

 

“JDT menjadi Platform penyatuan yang paling efisyen”

Sejak wujudnya JDT, dapat kita lihat bahawa penyatuan satu bangsa di bawah payung bangsa Johor kini semakin utuh. Tidak kita termimpi semua bangsa menyokong satu pasukan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Dahulu jarang sekali kita melihat bangsa cina, india serta bangsa lain memakai jersi pasukan tempatan serta pergi menyokong beramai-ramai ke stadium menonton perlawanan bolasepak.

Namun di Johor segalanya tidak mustahil, mereka kini dilihat bersatu tidak kira bangsa menyokong bersama-sama.

Satu kejayaan dualisme yang berjaya di realisasikan oleh TMJ.

 

LUASKAN KUASAMU JOHOR!

 

Foto: Nizam Rahman – www.asiana.my

 

Kredit: Hafiz Othman

Foto: Ezreen Abd Talip, Nizam Rahman (www.asiana.my) & Obey Alias