JDT – ANDA KENA JADI JUARA SETIAP TAHUN UNTUK KAMI!

Foto: Ezreen B Abd Talip

JDT – ANDA KENA JADI JUARA SETIAP TAHUN UNTUK KAMI!

“Jika setiap tahun negara ada Hari Kebangsaan, Johor pula ada Hari Bunga Api lah!”

Pada saya, bila JOHOR Darul Ta’zim menang Piala Liga Super 2018 baru-baru ini, ianya adalah satu kemenangan besar kepada rakyat Johor. Hari kemenangan kepada semua rakyat yang sebelum ini sudah keletihan melayan kerenah pentas politik. Biarkan ahli politik terjun dengan labu-labunya. Rakyat marhain kita bersatu dalam sukan.

Bagi sesiapa yang hadir ke Dataran Bandaraya JB tempohari pasti dapat melihat kehadiran wajah-wajah baru rakyat Johor yang mungkin tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Stadium Larkin tetapi sanggup hadir bersantai dari petang hingga ke malam menanti hari kemenangan JDT ini. Tidak kira bangsa dan agama. Malah ada yang datang dari negara sahabat kita Singapura yang sanggup datang untuk meraikan kemenangan JDT ini.

“JDT kena menang setiap tahun Piala ini untuk rakyat anda. Cuba anda lihat muka-muka keluarga ini. (wajah anak-anak kecil bersama ibu bapa mereka). Ini adalah KPI wajib pasukan anda..”

Ini adalah antara apa yang disampaikan oleh sahabat dari Singapura ini. Bila difikirkan ada betulnya apa yang dikatakan. Mungkin kita hanya melihat kejuaraan bolasepak ini hanya merangkumi kemenangan di atas padang. Jika ada pemikiran begini sudah pasti akan hadir perasaan jemu dan bosan barangkali. Hinggakan tidak mahu datang lagi menyokong.

Tetapi jika kita tukar persepsi untuk terus datang menyokong dan memberi sokongan malah beri tekanan kepada pemain untuk berikan kualiti permainan yang terbaik, rakyat Johor sudah pasti akan menanti kejutan demi kejutan di pesta kemenangan JDT nanti.

Bakal menjadi acara tahunan mengumpulkan seluruh rakyat Johor bebas daripada panji politik dan hanya teguh setia bersama panji harimau selatan.

“Tahukah anda? Demi mengembirakan dan memuaskan hati rakyat, DYAM Tunku Mahkota Johor telah berjumpa dengan wakil kelab penyokong untuk mendapatkan idea dan buah fikiran tambahan demi memastikan sambutan perayaan kejuaraan ini mengembirakan semua rakyat..”

Cuba anda bayangkan sampai begini sekali Tunku Mahkota Johor ingin memastikan kegembiraan pasukan JDT dapat dikongsi bersama penyokong JDT dan rakyat baginda yang amat dikasihi. Baginda sanggup berbelanja besar untuk kemeriahan bunga api malah sanggup memberi tiket percuma kepada penyokong yang hadir di Larkin.

 

Piala AFC sudah, Piala Sumbangsih sudah, Piala Malaysia sudah, Piala FA sudah dan Piala Liga Super pun sudah. Adakah ini membuatkan JDT mahu berhenti. Sudah pasti tidak. Rakyat Johor sudah pasti dahagakan kejuaraan-kejuaraan ini agar menjadi hari keraian tahunan kepada Negeri Johor Darul Ta’zim. Ini KPI yang perlu kita sama-sama berganding bahu antara pemain dan penyokong untuk kita penuhi.

Mana tahu akan datang ‘bunga api’ ini akan disambut di daerah anda pula!

Lua5kan Kua5amu Johor!

HS

Rakyat akan terus bersama disisi Tuanku Sultan & Tunku Mahkota Johor yang mana baginda selama ini memayungi rakyat dalam apa jua keadaan dan anasir..”

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply