HANTU KAK LIMAH LAGI ‘BERHANTU’ DARI LIGA KITA?

 

HANTU KAK LIMAH LAGI ‘BERHANTU’ DARI LIGA KITA?

Hari ini kita dikejutkan dengan laporan pungutan tiket wayang tayangan filem tempatan Hantu Kak Limah sudah mencecah lebih RM20 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan sahaja! Rekod baharu! Saya baharu sahaja turut menonton di panggung wayang Bukit Indah show pukul 10:00 malam minggu lepas.  Memang penuh dengan kehadiran lapisan masyarakat daripada yang tua hinggalah ke kanak-kanak. Tetapi seperti biasalah baharu 10 minit bermula dah dengar suara kanak-kanak menangis, so terpaksalah satu keluarga keluar dan balik.

Apa yang boleh kita pelajari di sini?

Dengan strategi kreatif dan usaha promosi berterusan tidak mustahil sebagai penyokong bolasepak juga tidak mustahil Larkin bakal sentiasa ‘box-office’ dengan kehadiran penyokong.

Adakah liga bolasepak tempatan sedang berada di lengkuk menurun graf kehadiran penyokong. Bak kata orang hidup ini ada masa naik dan ada masa turun. Tetapi di JDT kita tidak boleh berfikiran begini. JDT bukannya persatuan yang hanya bergantung kepada nasib dan ‘cuba try test’. Kita di JDT sentiasa ambil serius dengan setiap data dan setiap keputusan dianalisis hingga ke titik perpuluhan terakhir.

Asas Penting JDT

Penaung – Merangka, merancangkan blueprint perancangan jangka panjang dan pendek seperti mencari dana untuk kegemilangan dan kelangsungan kelab untuk jangka masa panjang.

Pemain – Mudah sahaja. Jaringkan gol dan jangan bolos.

Penyokong – Datang stadium setiap perlawanan untuk JDT TANPA sikap prejudis.

 

Kita tidak mahu seperti yang terjadi di Santiago Bernabeu. Tiada Ronaldo terus jumlah kehadiran penyokong terus merosot. Di JDT kita agak unik. Kelab ini di bina atas dasar kesatuan penyokong dan rakyat Johor. Bukan hanya bergantung kepada jurulatih dan pemain tertentu sahaja. Simbolik kesatuan rakyat yang perlu kita pertahankan. Tidak kira menang atau kalah janganlah kita berbalah sesama kita.

Untuk pengetahuan semua, demi kemudahan penyokong-penyokong JDT, persatuan sedang merangka untuk memudahkan penyokong-penyokong luar daerah JB datang ke stadium Larkin mahupun stadium baharu Stadium Sultan Ibrahim dengan lebih kerap nanti. Sebagai penyokong kita perlu hargai dan berikan respon terbaik untuk datang menyokong.

Tanggungjawab untuk mengajak penyokong-penyokong hadir ke stadium ini tidak boleh hanya di JDT. Seharusnya semua pasukan-pasukan di Malaysia turut memainkan peranan untuk berusaha menarik penyokong-penyokong tempatan ke stadium dan bukan sahaja apabila perlawanan melibatkan JDT. Tahukah anda tahun lepas Liga Malaysia adalah liga yang masih terbaik dari segi purata kehadiran penonton berbanding liga-liga Asean yang lain?

 

 

Kita tidak perlu ‘hantu’ untuk melariskan jualan tiket ke stadium. Tetapi kita perlu kan kerjasama erat di antara pasukan dan penyokong.

Kepada penyokong JDT, teruskan sokongan tanpa prejudis. Luaskan kuasamu Johor.

 

Aina

Gelang Patah

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply