6 TAHUN – JDT KINI KELAB NOMBOR SATU ASEAN

 

6 TAHUN – JDT KINI KELAB NOMBOR SATU ASEAN

Bagai tidak percaya. Itulah ungkapan yang paling sesuai digambarkan oleh penyokong JDT apabila lawan web footyrankings.com mengeluarkan ranking kelab bola sepak Asia. JDT berada dikedudukan pertama zon Asean.

Siapa sangka siapa menduga, kelab yang baru berusia 6 tahun kini berada di tangga teratas zon Asean menewaskan beberapa nama kelab besar Asean yang lain. Ranking dikira berdasarkan penglibatan kelab didalam kejohanan Asia sepanjang 4 tahun kebelakang.

Bukan mudah untuk menjadi nombor satu. Pelbagai cabaran dan kerja keras diperlukan oleh semua pihak. Baik dari pemilik hingga ke tukang cuci di stadium. Namun kini hasilnya sudah kelihatan dan ambil lah masa ini untuk berbangga.

 

 

Kita memang boleh berbual yang kita bagus tetapi dengan adanya bukti, ianya akan menjadi lebih indah. Angan-angan boleh menjadi impian jika kita bekerja ke arahnya. Dan ianya hanya angan-angan jika kita hanya terus bermimpi.

Kenapa JDT berada di atas. Malah menewaskan Buriram United dan Muangthong United yang sememangnya mempunyai kelebihan berbanding kita. Ianya kerana konsistensi. Inilah perkara yang paling sukar dikekalkan oleh mana-mana pasukan.

Untuk kekal konsisten bukan mudah. JDT satu-satunya pasukan di dalam carta ranking itu yang beraksi di peringkat Asia 4 tahun berturut-turut. Maka oleh sebab itulah, purata mata terkumpul JDT menjadi banyak sekaligus muncul kelab nombor satu zon Asean.

Sekarang apa yang lebih sukar adalah mempertahankan kedudukan. Nombor satu ketika ini tidak menjamin kita akan menjadi nombor satu pada masa akan datang kecuali kita berusaha lebih keras dan tidak mempedulikan kata negatif orang lain.

Tahun hadapan adalah kemuncaknya kerana JDT akan bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC. Pentas yang mengumpulkan kelab terbaik Asia. Kita akan dianggap kerdil tetapi walaupun kecil, kita mempunyai misi dan visi untuk menggegar Asia.

 

 

 

 

 

Sekarang terpulang kepada semua pihak terutama kita penyokong JDT untuk sama-sama mendukung impian ini. Terima kasih untuk kesetiaan selama 6 tahun ini dan semoga ianya kekal sampai bila-bila bersama kelab kesayangan kita ini. Asia, kami datang.

Luaskan Kuasamu Johor.

Rosli Mohd, Parit Sulong

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply