Harimau Selatan

Page Harimau Selatan

2 JUTA LIKES BUKTI JDT SUDAH MELUASKAN KUASA

 

2 JUTA LIKES BUKTI JDT SUDAH MELUASKAN KUASA

Semalam laman Facebook Johor Southern Tigers, laman rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencecah angka bersejarah 2 juta ‘likes’. Dua juta bukan angka yang kecil kerana untuk kelab baru seperti JDT, ia adalah pencapaian yang membanggakan sejak era transformasi bermula pada tahun 2013.

JDT mendahului jauh kelab-kelab bolasepak bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara dan tidak keterlaluan jika dikatakan di Asia dan ini membuktikan usaha keras pemilik pasukan DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) tidak sia-sia malah ianya terus berkembang maju.

Jika difikirkan bagaimana kelab seperti JDT boleh memperoleh ‘likes’ sehingga 2 juta?. Jawapannya mudah sahaja kerana TMJ meletakkan JDT sebagai jenama global dan bukan hanya jenama domestik.

Dalam bidang pemasaran sukan, ia sudah lama dipraktikkan oleh kelab-kelab Eropah dan Asia Timur. Jika perkara ini tidak dilakukan maka kemampuan mereka untuk berkembang hanya tertumpu kepada jenama tempatan sahaja.

JDT dengan megah mempunyai penaja tempatan dan antarabangsa malah ada jenama yang memberi hak eksklusif kepada JDT kerana percaya dengan “branding” JDT dan TMJ sendiri. Penaja berasa berbaloi melaburkan wang dengan jenama yang terkenal di seluruh Asia Tenggara.

 

 

Dua juta ‘likes’ ini hanyalah permulaan. Harus diingat bahawa JDT masih belum memulakan kempen mereka di peringkat Liga Juara-Juara AFC. Melalui penglibatan ini, jenama JDT akan berkembang pula di arena bola sepak Asia dan pastinya akan lebih ramai pengikut dan penyokong yang akan mengikuti perkembangan kelab Harimau Selatan ini.

Pengikut laman sosial JDT bukan hanya tertumpu kepada rakyat Johor sahaja. Malah ia merebak ke seantero Malaysia dan kini mencecah puluhan ribu pengikut di Indonesia, Thailand malah hingga ke Tajikistan. Ini ekoran kejayaan JDT menjulang Piala AFC pada 2015.

Tahniah diucapkan kepada kerabat kerja Johor Southern Tigers yang bertungkus lumus memastikan kandungan yang bagus dan menaikkan motivasi penyokong dan juga pasukan. Ini baru permulaan dan angka yang lebih besar menunggu.

Mengenali sikap TMJ yang mahukan sesuatu yang hebat dan motto JDT untuk sentiasa meluaskan kuasa, jangkaan 10 juta likes pasti akan diletakkan sebagai sasaran menjelang 5 tahun yang akan datang. Tahniah JDT, tahniah JOHOR Southern Tigers.

Luaskan Kuasamu Johor.

 

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 335
    Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *